Wednesday, February 16, 2011 | By: fatamorgana

Kebatilan Pembahagian Tauhid Kepada Tiga Unsur - Bahagian 1

Pembahagian Tauhid kepada Tauhid Rububiyyah, Tauhid Ululhiyyah dan Tauhid Asma wa al-Sifat, tiada siapa pun yang mengetahuinya sebelum zaman Ibnu Taimiyyah. Ibnu Taimiyyah telah membahagikan tauhid kepada 3 unsur:

1.       Tauhid Rububiyyah
Tauhid Rububuyyah ini wujud secara tetap (pada pendapat Ibnu Taimiyyah) pada seluruh orang musyrik (orang yang mensyirikkan Allah), apatah lagi pada orang-orang mukmin. Pada pandangannya, tauhid ini mengandungi Tauhid al-Khaliqiyyah (yang menjadikan). Beliau mentafsirkan al-Rububiyyah (yang mentadbirkan alam) dengan al-Khaliqiyyah (yang menciptakan alam) sahaja. Inilah punca salahnya pembahagian ini. Demikian juga halnya menyandarkan pemerintahan langit dan bumi serta pentadbiran ala mini kepada Allah s.w.t sahaja.

2.       Tauhid al-Uluhiyyah
Iaitu tauhid dalam beribadah.

3.       Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat
Iaitu mengithbatkan hakikat nama-nama Allah

Ibnu Taimiyyah telah menjadikan Tauhid al-Rububiyyah itu sahaja yang dikatakan beriman dengan para pencipta, dan tidak menganggap tauhid itu ialah mengesakan Allah s.w.t dalam beribadah, sebagaiman telah dijelaskan di sana terdapat perbezaan antara Wahdaniah dan Tauhid.

Maka Wahdaniyyah ialah beriman dengan bahawasanya Allah s.w.t itu Esa pada zat, sifat dan perbuatanNya. Adapun Tauhid pula ialah mengesakan Allah dalam ibadah.Rentetan dari ini, ternyata Tauhid Rububiyyah tidak memadai kerana ia tidak mencakupi keesaan Allah dalam beribadah.

Disebutkan di dalam kitab Kasyf al-Syubuhaat mengenai kaum musyrikin dan lain-lainnya:
“Maka mereka orang-orang musyrikin itu mengakui, menyaksikan bahawa Allah itu adalah satu-satunya Pencipta tanpa ada sekutu bagiNya, bahawa tiada yang memberikan rezeki melainkan Dia, tiada yang menghidupkan dan mematikan melainkan Dia, tiada yang menghidupkan dan mematikan melainkan Dia, tiada yang mentadbir urusan alam ini melainkan Dia, dan semua tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta segala isinya yang terkandung di dalamnya adalah ciptaanNya dan berada di bawah pentadbiran dan kekuasaanNya.“
Demi Allah! Adakah sifat-sifat ini selari dengan orang musyrikin pada zaman Jahiliyyah? Adakah mereka menyembah Allah satu-satunya atau pun menyengutukan dengan yang lain dalam beribadah?

Pembahagian ini tidak masuk akal, kerana Al-Ilah sebenar itu ialah al-Rabb yang sebenar, manakala Al-Ilah yang batil adalah Al-Rabb yang batil. Tidak layak disembah dan beribadah kecuali kepada Tuhan yang sebenar. Tiada ertinya kita menyembah sesuatu yang kita sesuatu yang kita sendiri tidak yakini ia adalah Tuhan yang boleh memberikan manfaat dan mudarat. Inilah rentetan yang terhasil daripada pembahagian tersebut.

Rujukan:
Kertas kerja yang ditulis oleh Dr. Umar Abdullah Kamil untuk dibentangkan dalam Multaqa Tiga ulama' Makkah al-Mukarramah di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, anjuran Jabatan Mufti Johor dan Yayasan Sofa Negeri Sembilan, pada 13 Safar 1429 bersamaan 20 Febuari 2008, terjemahan dan terbitan Sekretariat Penjelas Hukum Berkenaan Isu-isu Aqidah dan Syariah, Majlis Agama Islam Negeri Johor.

wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment