Friday, February 11, 2011 | By: fatamorgana

Huraian Mengenai Salahnya Pembahagian Tauhid Kepada Tiga

Ahlussnnah wal Jamaah (ASWAJA) berpegang bahawa, hakikat wahdaniah (keesaan Allah) itu ialah menafikan berbilang-bilang zat, sifat dan perbuatan Allah kerana Allah s.w.t tidak serupa langsung dengan makhluk pada zat, sifat dan perbuatanNya.

Zat Allah itu tidak tersusun daripada jauhar-jauhar dan 'aradh serta tidak boleh dibahagi-bahagi dan dipecah-pecahkan. Tidak ada zat dan lain yangmempunyai kesempurnaan sebagaimana kesempurnaan yang wajib bagi Allah s.w.t.

Wahdaniah al-Sifat (Esa dari segi sifatNya) bermakna sifat-sifat Allah itu tidak terbahagi-bahagi dengan pengertian bahawa Allah itu umpanya mempunyai dua Qudrat, dua Iradat dan lain-lain lagi sifat Allah s.w.t. Tidak ada seorang pun dari kalangan makhluk mempunyai sifat sebagaimana sifat-sifat Allah s.w.t.

Wahdaniah al-'Af'aal (Esa dari segi perbuatanNya) bermakna tidak ada selain Allah yang serupa dengan perbuatanNya kerana Allah s.w.t bersendirian dalam menjadikan atau mentiadakan sesuatu, membaeri manfaat, mudharat dan sebagainya.

Adapun makna Tauhid ialah mengesakan yang disembah dengan beribadat kepadaNya, di samping mengi'tiqadkan (meyakini dengan hati) bahawa Allah s.w.t itu Esa dari segi zat, sifat dan perbuatan yang layak disembah dan beribadah kepadaNya sebagaiman firman Allah s.w.t:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata." (Al-Israa': 23)

Oleh yang demikian, sesiapa yang menyekutukan (menyamakan) Allah dengan sesuatu dalam ibadah, maka dia telah menjadi syirik. Maksud ayat di atas, tidak membezakan di antara Al-Rab (Tuhan yang mentadbir alam) dan Al-Ilah (Tuhan yang layak disembah).

Rujukan:
Kertas kerja yang ditulis oleh Dr. Umar Abdullah Kamil untuk dibentangkan dalam Multaqa Tiga ulama' Makkah al-Mukarramah di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, anjuran Jabatan Mufti Johor dan Yayasan Sofa Negeri Sembilan, pada 13 Safar 1429 bersamaan 20 Febuari 2008, terjemahan dan terbitan Sekretariat Penjelas Hukum Berkenaan Isu-isu Aqidah dan Syariah, Majlis Agama Islam Negeri Johor.

wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment