Sunday, February 6, 2011 | By: fatamorgana

Kepentingan Ilmu Tauhid


Berkatalah oleh hamba yang sangat berharap akan pengampunan segala dosa-dosa, iaitulah pentashih kitab 'Aqidatun Najin Tn. Hj. Ilyas Ya'qub Al-Azhari.
Bermula segala puji itu hanya milik bagi Allah Ta’ala hal keadaannya tunggal ia. Dan bermula selawat dan salam itu diatas Junjungan yang mana tidak ada nabi lagi selepasnya.

Kemudian daripada itu maka dengan pertolongan Allah SWT telah selesai mengecap ini kitab yang bernama ‘Aqidatun Naajin karangan Asy-Syeikh Zainul Abidin ibnu Muhammad al-Fathoni iaitu kitab yang mengandungi bicara tauhid dan ‘aqaid(aqidah-aqidah) dan TIADALAH SYAK BAHAWA PERBICARAAN DALAM PERKARA TAUHID IAITU SESUKAR-SUKAR DAN SEPENTING-PENTING PERBICARAAN KERANA TA’ALLUQNYA(PERHUBUNGANNYA) DENGAN I’TIQAD, APABILA TERSALAH I’TIQAD SESEORANG TENTULAH AMALANNYA MENJADI SIA-SIA SAHAJA DAN MUDAH-MUDAHAN DAPATLAH MENGAMBIL FAEDAH DENGAN INI KITAB YANG DIATUR OLEH PENGARANGNYA DENGAN BAIK SUSUNANNYA.

Dicap ini kitab pada percetakan (DAR IHYA’ AL-KUTUB AL-‘ARABIYYAH) KEPUNYAAN ISAL BABIL HALABI WA SYURKAH DI TANAH MESIR DAN MUDAH-MUDAHAN MENCUCURKAN OLEH ALLAH SWT AKAN SELAWAT(RAHMAT) DIATAS PENGHULU KITA IAITU MUHAMMAD NABI YANG UMMI DAN DIATAS KELUARGANYA DAN SAHABATNYA DAN MUDAH-MUDAHAN JUGA, ALLAH TA’ALA MENCUCURKAN KESELAMATAN AKAN SEBAGAI KESELAMATAN YANG BANYAK DAN BERMULA SEGALA PUJIAN ITU HANYA MILIK BAGI ALLAH TA’ALA TUHAN BAGI SEKALIAN MAKHLUQ. AMIN(PERKENANKAN OLEHMU YA ALLAH).

diambil dari Muhammad Ibrahim Jamil Al-Ahmadi:

wallahu aa'lam
Saturday, February 5, 2011 | By: fatamorgana

Perbuatan yang Mewarisi Kepapaan


Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tersebut di bawah ini:
  1. Mengerjakan dosa
  2. Melebihkan tidur
  3. Tidur bertelanjang
  4. Tidur selepas solat subuh
  5. Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan)
  6. Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian,gunakanlah sapu tangan
  7. Membakar kulit bawang(merah@putih)
  8. Menyapu rumah pada malam hari - Sapu sampah dilarang pada malam hari
  9. Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan)
  10. Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat) - Sebaik2nya jangan melintas di hadapan Guru. Biarkan guru lalu sebagai tanda memuliakan Guru. Sesiapa Memuliakan Ahli Fuqaha', mudah-mudahan dijadikan anaknya Alim, jika tidak anaknya menjadi Alim. InsyaAllah, cucunya menjadi Alim
  11. Membasuh tangan dengan tanah
  12. Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya
  13. Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk)
  14. Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan
  15. Bersegera keluar dari masjid
  16. Pergi ke pasar (membeli belah/shopping) pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan
  17. Tidak membasuh bekas makanan - Membiarkan bejana atau bekas makanan tidak dibasuh di atas sinki
  18. Memadam pelita dengan mulut - jangan menghembuskan nafas untuk memadamkan api. Pakai angin hayunan tangan
  19. Menyisir rambut dengan sikat yang patah2
  20. Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa
  21. Memakai serban ketika duduk
  22. Memakai seluar ketika berdiri
  23. Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja
  24. Membuang kahak ketika qada hajat - Meludah ke atas Najis (Kencing atau Berak)
  25. Menyapu rumah dengan kain(pakaian)
  26. Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali)
  27. Duduk dibendul rumah - Biasanya dilakukan ketika memakai kasut. Elakkan memakai kasut di pintu rumah. Ini akan menyebabkan kepapaan. Sediakan kerusi lain dihadapan pintu rumah supaya tidak duduk di bendul pintu rumah
  28. Duduk diantara belahan pintu
  29. Berwudhu ditempat tidur
  30. Makan sesuatu ketika berjunub
Perlahan-lahan diamalkan supaya semuanya ditinggalkan. Hidup miskin sangat sukar dan susah. Tetapi, hidup di dalam kepapaan adalah JAUH lebih teruk dari hidup kemiskinan.

Dipetik dari kitab Taalim Mutaallim (m/s 43) dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani bagi syarah untuk bab Hadis Nabawi bagi Syeikh Jalaluddin As-Suyuti (pengarang tafsir Jalalain).

diambil dari Jamaluddin Abu Bakar:
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_187110834644452&ap=1#!/note.php?note_id=222451580466&id=1532796766

wallahu aa'lam

Selawat Ibrahimiyyah


klik pada rajah untuk lebih jelas

"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammadin wa 'ala aali sayyidina Muhammad,
kamaa sollaita 'ala sayyidina Ibrahima wa 'ala aali sayyidina Ibrahim,
wa baarik 'ala sayydina Muhammadin wa 'ala aali sayyidina Muhammad,
kamaa baarakta 'ala sayyidina Ibrahima wa 'ala aali sayydina Ibrahim,
fil'alamina innaka hameedummajeed"

Maksudnya: Ya Allah ya tuhan kami, Engkau rahmatilah ke atas junjungan kami Muhammad dan ke atas keluarga junjungan kami Muhammad, sebagaimana Engkau merahmati ke atas junjungan kami Ibrahim dan ke atas keluarga junjungan kami Ibrahim, dan Engkau berkatilah ke atas junjungan kami Muhammad dan ke atas keluarga junjungan kami Muhammad, sebagaimana Engkau memberkati ke atas junjungan kami Ibrahim dan ke atas keluarga junjungan kami Ibrahim, di sekalian alam, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Selawat ini, sebagaimana yang kita ketahui dan kita amalkan, merupakan sebahagian dari bacaan tahiyatul akhir ketika menunaikan solat. Mudah-mudahan, dengan membaca selawat ini, ia akan menjadi asbab kepada kita untuk mendapat syafa'at Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak, insya-Allah.

Berkata Sheikh Ahmad Al-Sowi;
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam kitab-kitabnya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
" Sesiapa yang membaca selawat ini, aku akan saksikan baginya pada Hari Kiamat dengan penyaksianku dan aku akan mensyafa'atkannya."
Rujukan:
Kitab Zikir Pagi, Petang dan Pendinding Diri, himpunan oleh Al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn. 'Alawi Al-Maliki Al-Hasani, m/s 45-47 terbitan Sofa Production cetakan kedua (Muharram 1432 H / Disember 2010 M), dikeluarkan oleh Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki.

wallahu aa'lam

Ilmu Hadith Belum Cukup Tanpa Fiqh

Ilmuan-ilmuan Islam yang terkenal seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan lain-lain imam muhaddithin yang mana mereka sudahpun menghafal ratusan ribu hadis masih tetap mengamalkan agama berdasarkan mazhab imam-imam mujtahid walaupun pada pandangan mata umum apalah perlunya mereka bertaqlid sedangkan mereka mempunyai ilmu agama yang jauh lebih daripada cukup?

Di sinilah bezanya antara fuqaha (ahli-ahli fiqh) dan muhaddithin (ahli-ahli hadith). Apabila seseorang itu mengetahui beribu hadis sekalipun, tetapi dia tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk membahaskannya, maka dia tidak layak untuk mengeluarkan sesuatu pendapat.

Mereka-mereka yang mempelajari Sunan Tirmizi pasti mengetahui bahawa apabila membincangkan masalah fiqh, Imam Tirmizi tidak pernah mengambil pendapat guru beliau Imam Bukhari, tetapi beliau menyebut nama-nama seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad atau ulama Kufah iaitu Imam Abu Hanifah.

Imam Tirmizi hanya akan mengambil nama Imam Bukhari apabila beliau membahaskan kesahihan atau status sesuatu hadis, kerana beliau mengetahui bahawa walaupun Imam Bukhari adalah pakar dalam bidang hadis, tetapi kepakaran Imam Bukhari dalam ilmu fiqh belum dapat menandingi kepakaran yang ada pada imam-imam mujtahid.

Dapat kita fahami di sini, bahawa setinggi manapun ilmu hadith seseorang itu, belum tentu dia layak mengeluarkan fatwa sekiranya dia tidak mempunyai ilmu fiqh yang cukup. Sekiranya datang dua nas bertentangan antara satu sama lain, yang mana kedua-duanya adalah sahih dan sama kuat, yang mana satukah akan kita ambil? Ini hanya dapat dilakukan seandainya kita mampu memahami selok-belok ilmu fiqah, bukan dengan hanya bersandarkan kepada kesahihan semata-mata.

Sebagai contoh ingin penulis menceritakan di sini perbahasan antara dua imam mujtahid Abu Hanifah dan Awza’I mengenai masalah mengangkat kedua belah tangan selepas bangun dari rukuk. Imam Awza’i mengatakan:

“Saya meriwayatkan dari Salim, dari Nafi’ dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. mengangkat tangan dalam solat Baginda s.a.w.”

Lalu Imam Abu Hanifah menjawab:

“Saya meriwayatkan dari Hammad, dari Ibrahim An-Nakh’i dari ‘Alqamah dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengangkat tangan Baginda s.a.w.”

Imam Awza’i membalas:

“Saya membawa sanad (rangkaian periwayat) yang lebih sedikit dan tuan ingin berhujah dengan sanad yang lebih perantaraannya?” (Mengikut pendapat ulama hadis, hadis yang lebih kurang perantaraannya antara perawi dengan Baginda s.a.w adalah lebih kuat dari hadis yang mempunyai lebih perawi, seperti yang tertera di atas bahawa antara Imam Awza’i dan Rasulullah s.a.w hanya tiga perawi dibandingkan dengan Imam Abu Hanifah yang mempunyai empat perawi).

Jawab Imam Abu Hanifah:

“Hammad lebih faqih daripada Salim, Ibrahim An-Nakh’i lebih faqih daripada Nafi’ dan ‘Alqamah lebih faqih daripada Ibnu Umar walaupun beliau adalah seorang sahabat Nabi s.a.w. Dan Ibnu Mas’ud adalah Ibnu Mas’ud (siapakah yang dapat menafikan kefaqihan Ibnu Mas’ud?).”

Di sini Imam Abu Hanifah mengambil kira faktor kefaqihan perawi dalam mengeluarkan fatwa dan bukan bersandarkan kepada kekuatan dan nilai sesebuah hadis semata-mata. Pun begitu perlu diingatkan bahawa menurut pendapat Imam Syafie mengangkat tangan selepas rukuk adalah sunnah kerana ia adalah amalan penduduk Tanah Haram dan Syam, yang mana terdapat sekurang-kurangnya 35,000 sahabat dikebumikan di Syam.

Dalam sebuah hadith riwayat Sunan, Nabi s.a.w. bersabda:

"Semoga Allah ta’ala menyegarkan fikiran orang yang mendengar perkataanku, lalu dia menyampaikannya sepertimana yang dia dengar. Betapa ramai orang yang disampaikan itu lebih memahami dari si pendengar asal itu sendiri."

Di sini Nabi s.a.w. sendiri mengkategorikan antara mereka yang menghafal hadis dan mereka yang memahami hadis. Kerana itulah Imam A’mash salah seorang perawi Bukhari telah berkata kepada anak murid beliau Imam Abu Hanifah:

“Kamu wahai golongan fuqaha’ adalah doktor dan kami (golongan muhaddithin) hanyalah penjual ubat.”

Dalam I’lam al-Muwaqqi’in Imam Ibnul-Qayyim meriwayatkan bahawa satu ketika Muhammad bin Ubaidullah bin Munadi telah mendengar seorang lelaki bertanya kepada guru beliau Imam Ahmad bin Hanbal:

“Apabila seseorang itu menghafal 100,000 hadith, adakah dia dikira sebagai seorang yang faqih?” Imam Ahmad menjawab: “Tidak.”

Dia ditanya lagi: “Sekiranya 200,000 hadith?” Balas beliau: “Tidak.” Orang itu bertanya lagi: “Sekiranya 300,000?” dan sekali lagi Imam Ahmad menjawab tidak.

Kemudian orang itu bertanya: "Bagaimana sekiranya dia menghafal 400,000 hadith?” Lalu Imam Ahmad mengisyaratkan dengan tangan beliau, “Lebih kurang begitulah.”

Riwayat di atas memberi gambaran jelas kepada semua, dengan hanya mempelajari beberapa ribu hadis belum tentu kita mampu untuk melayakkan diri kita dalam mengeluarkan pendapat sewenang-wenangnya. Apatah lagi bila hanya tahu beberapa kerat hadis?

Mengapakah kita perlu bermazhab?

Inilah soalan yang sering diajukan oleh ghair muqallidin (golongan tidak bermazhab). Jawapannya amat ringkas:

Apabila kita tidak mempunyai ilmu yang cukup maka wajib untuk kita mendengar mereka yang paling arif, dan sekiranya kita mempunyai ilmu yang cukup maka haram untuk kita mengikut mana-mana mazhab.

Ini bersesuaian dengan mafhum firman Allah ta’ala dalam surah al-Mulk apabila Allah ta’ala menceritakan perihal penduduk neraka:

"Dan mereka berkata: 'Sekiranya kami mendengar (patuh) atau kami memahami (akan agama) maka sudah tentulah kami tidak akan menjadi penduduk Sa’ir (Neraka)'".

Walaupun ayat di atas adalah berkenaan dengan iman, tetapi memandangkan konteks ayat adalah luas maka ulama berhujah tentang betapa pentingnya patuh kepada yang mahir. Dan sekiranya kita tidak mahu patuh maka kita sendiri mestilah menjadi dari golongan yang berakal dan memahami sedalam-dalamnya.

Sekiranya kita tidak berhati-hati, maka dikhuatiri kita akan terjebak lalu tergelungsur jatuh dan jauh menyimpang dari kehendak syariah walaupun pada asalnya niat yang sebenar adalah untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi bersesuaian dengan yang di bawa oleh Baginda s.a.w.

Amalan ulama yang jauh lebih mahir berbanding kita sendiri adalah hujah yang kuat betapa kita tidak sepatutnya dengan sewenang-wenang mengeluarkan pendapat sendiri.

Nama-nama seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, Tahawi, Ibnu Hajar, Ibnu Rushd, Sayuti, Ibnu Kathir adalah antara mereka yang bertaqlid dengan imam-imam mujtahid yang datang sebelum mereka.

Golongan yang tidak mengikut mazhab pada hari ini banyak menggunakan pendapat Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim dalam membahaskan pendapat mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa keduanya adalah antara ulama ulung dalam mazhab Hanbali? Dan mengapa tidak sahaja mereka digelar Taimi sekiranya mereka merasakan bahawa pendapat Ibnu Taimiyyah sahaja yang berasaskan al-Quran dan Sunnah?

Adakah imam-imam mujtahid terdahulu tidak memahami sunnah sedangkan zaman mereka jauh lebih dekat dengan zaman Baginda s.a.w. dan para sahabat kalau nak dibandingkan dengan Ibnu Taimiyyah yang datang enam hingga tujuh abad selepas imam-imam mujtahid?

Hakikatnya apabila kita berpegang kepada pendapat imam mujtahid, kita sudahpun berpegang kepada dalil dan tali yang kukuh. Imam Dzahabi seorang ahli sejarah yang terkenal dan alim mengenai ilmu-ilmu perawi hadis dalam kitab-kitab beliau tidak pernah berbahas mengenai imam-imam mujtahid. Ini kerana penerimaan umum dan kehebatan imam-imam mujtahid mencapai darjah mutawatir, iaitu mustahil untuk orang ramai bersepakat untuk berbohong dalam menyatakan keunggulan imam-imam tersebut.

Ghair muqallidin hari inipun lebih banyak berpandukan pendapat ulama yang tidak mengikut mazhab seperti mereka antaranya Syeikh Nasirudin al-Albani. Persoalannya sekarang apabila mereka mengikut al-Albani maka mereka sahajalah Ahlusunnah wal-jama’ah. Dan apabila kita terikat dengan pendapat-pendapat Syafie maka kita tidak digelar sebagai Ahlussunnah. Di manakah keadilan?

Jadi, apabila kita sedia maklum bahawa ilmu yang ada pada kita hari ini belum tentu cukup untuk kita berbahas segala dalil dalam sesuatu masalah agama, apakah hak kita untuk berijtihad apatah lagi memberi keizinan umum kepada orang-orang awam untuk berijtihad sendiri? Sedangkan tahap pemahaman dalam kalangan ulama ada bezanya, apakah perlu kita menyusahkan orang ramai untuk berfatwa?

Penulis : Abdul Latif Rahbar

diambil dari : http://www.facebook.com/profile.php?id=100000066201704 (Sulaiman Syahid)

wallahu aa'lam

Wednesday, February 2, 2011 | By: fatamorgana

Hasyiyah Tafsir al-Jalalain Karya ash-Shawi Dirosak Orang-orang Wahhabi Kerana Sejarah Hitam Mereka Telah Dibongkar

Bismillah, Wa al Hamdu Lillah, ash Shalat Wa as Salam Ala Rasulillah,

Saudaraku, sila anda lihat dengan mata kepala sendiri....!!!

Di antara kitab Ahlussunnah adalah Hasyiyah ash-Shawi Ala Tafsir al Jalalain karya Syaikh Ahmad bin Muhammad ash-Shawi al-Maliki (w 1214 H).

Kitab Tafsir ini telah diolah kaum Wahhabi oleh kerana penulisnya telah membongkar sejarah hitam mereka. Perhatikan bukti di bawah ini !!

Scan pertama ini menunjukan naskhah asli yang telah diterbitkan oleh Dar Ihya at turats al Arabi;


Terjemah tulisan yang ditandai dengan warna adalah sebagai berikut:
"Menurut satu pendapat; ayat ini turun tentang kaum Khawarij yang telah merusak takwil al-Qur'an dan Sunnah, yang untuk tujuan itu mereka menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta-hata mereka. Kenyataan ini sebagaimana terbukti di masa sekarang, sebuah kelompok yang sama persis dengan kaum Khawarij tersebut; mereka adalah kelompok yang berada di negeri Hijaz, mereka dinamakan dengan kelompok Wahhabiyyah, mereka menganggap diri mereka di atas kebenaran, padahal sesungguhnya mereka adalah orang-orang pendusta. Mereka telah dijerumuskan oleh setan, hingga setan itu telah menjadikan mereka lupa dari mengingat Allah. Mereka itu adalah golongan setan, dan sesungguhnya golongan setan adalah golongan yang merugi, kita minta kepada Allah semoga Allah menghancurkan mereka".

seterusnya, sila anda lihat....
scan ke dua ini dari kitab yang sama yang diterbitkan Wahhabi, diterbitkan oleh Dar al Kutub al Ilmiyyah;


Terjemah tulisan yang ditandai dengan warna adalah sebagai berikut:
"Menurut satu pendapat; ayat ini turun tentang kaum Khawarij yang telah merusak takwil al-Qur'an dan Sunnah, yang untuk tujuan itu mereka menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta-hata mereka.

[[[[.........teks di sini hilang ke antah berantah digerogoti Wahabi........... ]]]] 

Mereka telah dijerumuskan oleh setan, hingga setan itu telah menjadikan mereka lupa dari mengingat Allah. Mereka itu adalah golongan setan, dan sesungguhnya golongan setan adalah golongan yang merugi".

Hasbunallah.........................!!!!!

diambil dari:
Tuesday, February 1, 2011 | By: fatamorgana

Kisah Kasih Kepada Haiwan

Gambar sekadar hiasan

Mungkin sulit sekali mencari penyayang binatang semacam Syekh Ahmad ar-Rifa’i. Beliau adalah tokoh sufi besar pendiri tarekat Rifa’iyah, sebuah ordo sufi yang memiliki banyak pengikut, terutama di daratan Afrika Utara.

Konon, bila ada nyamuk hinggap dan menggigitnya, beliau tidak pernah mengusirnya. Bila ada orang hendak mengusir nyamuk yang menggigit tubuh beliau itu, beliau justru melarangnya.

“Biarkan nyamuk ini minum dari darah yang telah dijadikan sebagai bagian rejekinya oleh Allah,” kata beliau.

Bila ada belalang hinggap di pakaiannya saat sedang berjalan di bawah terik matahari, maka beliau mencari tempat yang teduh. Beliau duduk berdiam diri di situ sampai belalang itu pergi sendiri. “ Belalang ini ingin berteduh dengan bantuan kita,” katanya.

Konon pernah ada seekor kucing tidur di atas lengan baju miliknya. Beliau tidak sedikitpun mengganggunya sampai kucing itu bangun sendiri dan pergi. Ketika waktu salat tiba, Syekh ar-Rifa’I tetap tidak mau menarik lengan bajunya. Beliau malah menggunting lengan bajunya itu, lalu pergi salat. Setelah kucing itu bangun dan pergi, beliau menjahit kembali lengan bajunya itu. Subhanallah!

Suatu waktu, Syekh ar-Rifa’I pernah mendapati seekor anjing dengan tubuh nyaris hancur penuh kudis. Anjing itu diusir penduduk karena tubuhnya betul-betul menjijikkan. Maka, Syekh mengantarkannya ke sebuah gurun tak berpenghuni. Di tempat itu, beliau membuatkan sebuah kandang yang teduh untuk anjing tersebut. Lalu beliau meminyaki tubuhnya, menyediakan makan dan minumnya, juga menggosok kudisnya dengan sebuah kain. Setelah anjing itu sembuh, beliau membawakan air hangat, lalu memandikannya.

Sumber Majalah Alkisah

wallahu aa'lam
Monday, January 31, 2011 | By: fatamorgana

Pesanan Imam Syafi'iy


Imam Muzany bercerita,”Aku menemui Imam Asy-Syafi’iy menjelang wafatnya, lalu aku berkata,”bagaimana keadaanmu pagi ini , wahai ustadzku?”

beliau menjawab, “Pagi ini aku akan melakukan parjalanan meninggalkan dunia, akan berpisah dengan kawan-kawanku, akan meneguk gelas kematian, akan menghadap kepada Allah dan akan menjumpai kejelekan amalanku. Aku tidak tau; apakah diriku berjalan ke syurga sehingga aku memberinya ucapan kegembiraan , atau berjalan ke neraka sehingga aku menghibur kesedihannya.”

Aku(Al-Muzany) berkata, “Nasihatilah aku”.

Asy-Syafi’iy berpesan kepadaku, “Bertaqwalah kepada Allah, parmisalkanlah akhirat dalam hatimu, jadikanlah kematian antara kedua matamu dan jangan lupa engkau akan berdiri di hadapan Allah. Takutlah kepada Allah ‘Azza wa Jalla, jauhilah apa-apa yang Dia haramkan, laksanakanlah segala yang Dia wajibkan, hendaknya engkau bersama Allah di manapun engkau berada. Jadikanlah diammu sebagai tafakkur, pembicaraanmu sebagai Dzikir dan pandanganmu sebagai pelajaran. Maafkanlah orang yang mendzolimimu, sambunglah orang yang memutus silaturrahmi kepadamu, berbuat baiklah kepada siapa yang bebuat jelek kepadamu, bersabarlah tehadap segala musibah, berlindunglah kepada Allah dari api neraka dengan ketaqwaan.”

Aku(Al-Muzany) berkata “Tambahkanlah (nasihatmu) kepadaku.”

Beliau melanjutkan, “Hendaknya kejujuran adalah lisanmu, menepati janji adalah tiang tonggakmu, rahmat adalah buahmu, kesyukuran sebagai thaharahmu, kebenaran sebagai perniagaanmu, kasih sayang adalah perhiasanmu, kecerdikan adalah daya tangkapmu, ketaatan sebagai mata pencaharianmu, ridha sebagai amanahmu, pemahaman adalah penglihatanmu, rasa harap adalah kesabaranmu, rasa takut sebagai jilbabmu, shadaqoh sebagai pelindungmu dan zakat sebagai bentengmu. Jadikanlah rasa malu sebagai pemimpinmu, sifat tidak tegesa-gesa sebagai menterimu, tawakkal sebagai baju tamengmu, dunia sebagai penjaramu dan kefakiran sebagai pembaringanmu. Jadikanlah kebenaran sebagai pemandumu, haji dan jihad sebagai tujuanmu, Al-Qur’an sebagai pembicaramu dengan kejelasan, jadikanlah Allah sebagai penyejukmu. Siapa yang sifatnya seperti ini maka syurga adalah tempat tinggalnya.”


Kemudian Asy-Syafi’iy mengangkat pandangannya ke arah langit seraya menghadirkan susunan ta’bir. Lalu beliau bersyair:

Kepada-Mu -wahai Ilâh segenap makhluq, wahai pemilik anugerah dan kebaikan-,

kuangkat harapanku, walaupun aku ini seorang yang bergelimang dosa.
Tatkala hati telah membatu dan sempit segala jalanku,

kujadikan harapan pengampunan-Mu sebagai tangga bagiku

Kurasa dosaku teramatlah besar, namun tatkala dosa-dosa itu

kubandingkan dengan maaf-Mu -wahai Rabb-ku-, ternyata maaf-Mu lebihlah besar

Terus menerus Engkau Maha Pemaaf dosa, dan terus-menerus

Engkau memberi derma dan maaf sebagai nikmat dan pemuliaan.

Andaikata bukan karena-Mu, tidak seorang pun ahli ibadah yang tersesat oleh iblis

bagaimana tidak, sedang dia pernah menyesatkan kesayangan-Mu, Adam.

Kalaulah Engkau memaafkan aku, maka Engkau telah memaafkan
seorang yang congkak, zholim lagi sewenang-wenang, yang masih terus berbuat dosa.

Andai kata Engkau menyiksaku, tidaklah aku berputus asa,
walaupun diriku telah Engkau masukkan ke dalam Jahannam lantaran dosaku.

Dosaku sangatlah besar, dahulu dan sekarang, namun maaf-Mu -wahai Maha Pemaaf- lebih tinggi dan lebih besar.”

Tarikh Ibnu Asâkir juz 51 hal. 430-431
Sumber: Majalah An-Nashihah vol.13 thn 1429 H/2008 M

wallahu aa'lam