Berkatalah oleh hamba yang sangat berharap akan pengampunan segala dosa-dosa, iaitulah pentashih kitab 'Aqidatun Najin Tn. Hj. Ilyas Ya'qub Al-Azhari. |
Bermula segala puji itu hanya milik bagi Allah Ta’ala hal keadaannya tunggal ia. Dan bermula selawat dan salam itu diatas Junjungan yang mana tidak ada nabi lagi selepasnya.
Kemudian daripada itu maka dengan pertolongan Allah SWT telah selesai mengecap ini kitab yang bernama ‘Aqidatun Naajin karangan Asy-Syeikh Zainul Abidin ibnu Muhammad al-Fathoni iaitu kitab yang mengandungi bicara tauhid dan ‘aqaid(aqidah-aqidah) dan TIADALAH SYAK BAHAWA PERBICARAAN DALAM PERKARA TAUHID IAITU SESUKAR-SUKAR DAN SEPENTING-PENTING PERBICARAAN KERANA TA’ALLUQNYA(PERHUBUNGANNYA) DENGAN I’TIQAD, APABILA TERSALAH I’TIQAD SESEORANG TENTULAH AMALANNYA MENJADI SIA-SIA SAHAJA DAN MUDAH-MUDAHAN DAPATLAH MENGAMBIL FAEDAH DENGAN INI KITAB YANG DIATUR OLEH PENGARANGNYA DENGAN BAIK SUSUNANNYA.
Dicap ini kitab pada percetakan (DAR IHYA’ AL-KUTUB AL-‘ARABIYYAH) KEPUNYAAN ISAL BABIL HALABI WA SYURKAH DI TANAH MESIR DAN MUDAH-MUDAHAN MENCUCURKAN OLEH ALLAH SWT AKAN SELAWAT(RAHMAT) DIATAS PENGHULU KITA IAITU MUHAMMAD NABI YANG UMMI DAN DIATAS KELUARGANYA DAN SAHABATNYA DAN MUDAH-MUDAHAN JUGA, ALLAH TA’ALA MENCUCURKAN KESELAMATAN AKAN SEBAGAI KESELAMATAN YANG BANYAK DAN BERMULA SEGALA PUJIAN ITU HANYA MILIK BAGI ALLAH TA’ALA TUHAN BAGI SEKALIAN MAKHLUQ. AMIN(PERKENANKAN OLEHMU YA ALLAH).
diambil dari Muhammad Ibrahim Jamil Al-Ahmadi:
wallahu aa'lam |
0 comments:
Post a Comment