Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts
Monday, February 14, 2011 | By: fatamorgana

Ayat Syifa' (Penyembuh)

Terdapat 6 ayat Syifa' di dalam Al-Quran:

Klik pada rajah untuk lebih jelas
wa nunazzilu minalquraani maa hua syifaaa uwwarahmalill'alamin (Al-Israa' : 82)
wa yashfi suduro qaumimmukminin (At-Taubah : 14)
wa syifaaa ullimaa fissudoor (Yunus : 57)
qul hua lilladzina aamanoo hudawwasyifaaa' (Fussilat : 44)
wa idza maridhtu fahuwa yasyfeen (Al-Syu'ara' : 80)
feehi syifaaa ullinnaas (An-Nahl : 69)

Maksudnya:
  1. "Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya." (Al-Israa' : 82)
  2. "Dan dia mengubati hati-hati orang yang beriman." (At-Taubah : 14)
  3. "Dan (Al-Quran) menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu." (Yunus : 57)
  4. "Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman." (Fussilat : 44)
  5. "Dan apabila aku (Nabi Ibrahim a.s) sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku." (Al-Syu'ara': 80)
  6. "Yang mengandungi penawar bagi manusia dari pelbagai penyakit." (An-Nahl : 69)
Berkata Sheikh Abu al Qasim al Qusyairi r.a.:
"Pada suatu hari, anakku ditimpa sakit kuat. Ketika tidur, aku bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Lalu aku berkata kepada Baginda s.a.w, "wahai Rasulullah!Lihatlah keadaan anakku." Maka Baginda s.a.w bersabda, "Di manakah kamu dengan ayat Syifa'?Tidakkah kamu telah mengumpulnya?" Aku menjawab, "Aku tidak mengetahuinya." Selepas itu, aku membaca Al-Quran sehingga khatam dan setiap kali aku menemui ayat yang menyebut di dalamnya tentang Syifa' (penyembuhan), aku mengumpulnya. Terdapat enam ayat Syifa' di dalamnya Al-Quran. Maka aku menulisnya dan mendirus tulisan tersebut di dalam sebuah bekas. Kemudian aku memberi anakku minum air tersebut. Maka selepas itu dia kembali sembuh dan sihat."

Rujukan:
Kitab Zikir Pagi, Petang dan Pendinding Diri, himpunan oleh Al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn. 'Alawi Al-Maliki Al-Hasani, m/s 50-53 terbitan Sofa Production cetakan kedua (Muharram 1432 H / Disember 2010 M), dikeluarkan oleh Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki.

wallahua'lam
Saturday, February 5, 2011 | By: fatamorgana

Perbuatan yang Mewarisi Kepapaan


Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tersebut di bawah ini:
  1. Mengerjakan dosa
  2. Melebihkan tidur
  3. Tidur bertelanjang
  4. Tidur selepas solat subuh
  5. Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan)
  6. Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian,gunakanlah sapu tangan
  7. Membakar kulit bawang(merah@putih)
  8. Menyapu rumah pada malam hari - Sapu sampah dilarang pada malam hari
  9. Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan)
  10. Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat) - Sebaik2nya jangan melintas di hadapan Guru. Biarkan guru lalu sebagai tanda memuliakan Guru. Sesiapa Memuliakan Ahli Fuqaha', mudah-mudahan dijadikan anaknya Alim, jika tidak anaknya menjadi Alim. InsyaAllah, cucunya menjadi Alim
  11. Membasuh tangan dengan tanah
  12. Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya
  13. Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk)
  14. Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan
  15. Bersegera keluar dari masjid
  16. Pergi ke pasar (membeli belah/shopping) pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan
  17. Tidak membasuh bekas makanan - Membiarkan bejana atau bekas makanan tidak dibasuh di atas sinki
  18. Memadam pelita dengan mulut - jangan menghembuskan nafas untuk memadamkan api. Pakai angin hayunan tangan
  19. Menyisir rambut dengan sikat yang patah2
  20. Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa
  21. Memakai serban ketika duduk
  22. Memakai seluar ketika berdiri
  23. Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja
  24. Membuang kahak ketika qada hajat - Meludah ke atas Najis (Kencing atau Berak)
  25. Menyapu rumah dengan kain(pakaian)
  26. Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali)
  27. Duduk dibendul rumah - Biasanya dilakukan ketika memakai kasut. Elakkan memakai kasut di pintu rumah. Ini akan menyebabkan kepapaan. Sediakan kerusi lain dihadapan pintu rumah supaya tidak duduk di bendul pintu rumah
  28. Duduk diantara belahan pintu
  29. Berwudhu ditempat tidur
  30. Makan sesuatu ketika berjunub
Perlahan-lahan diamalkan supaya semuanya ditinggalkan. Hidup miskin sangat sukar dan susah. Tetapi, hidup di dalam kepapaan adalah JAUH lebih teruk dari hidup kemiskinan.

Dipetik dari kitab Taalim Mutaallim (m/s 43) dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani bagi syarah untuk bab Hadis Nabawi bagi Syeikh Jalaluddin As-Suyuti (pengarang tafsir Jalalain).

diambil dari Jamaluddin Abu Bakar:
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_187110834644452&ap=1#!/note.php?note_id=222451580466&id=1532796766

wallahu aa'lam

Selawat Ibrahimiyyah


klik pada rajah untuk lebih jelas

"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammadin wa 'ala aali sayyidina Muhammad,
kamaa sollaita 'ala sayyidina Ibrahima wa 'ala aali sayyidina Ibrahim,
wa baarik 'ala sayydina Muhammadin wa 'ala aali sayyidina Muhammad,
kamaa baarakta 'ala sayyidina Ibrahima wa 'ala aali sayydina Ibrahim,
fil'alamina innaka hameedummajeed"

Maksudnya: Ya Allah ya tuhan kami, Engkau rahmatilah ke atas junjungan kami Muhammad dan ke atas keluarga junjungan kami Muhammad, sebagaimana Engkau merahmati ke atas junjungan kami Ibrahim dan ke atas keluarga junjungan kami Ibrahim, dan Engkau berkatilah ke atas junjungan kami Muhammad dan ke atas keluarga junjungan kami Muhammad, sebagaimana Engkau memberkati ke atas junjungan kami Ibrahim dan ke atas keluarga junjungan kami Ibrahim, di sekalian alam, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Selawat ini, sebagaimana yang kita ketahui dan kita amalkan, merupakan sebahagian dari bacaan tahiyatul akhir ketika menunaikan solat. Mudah-mudahan, dengan membaca selawat ini, ia akan menjadi asbab kepada kita untuk mendapat syafa'at Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak, insya-Allah.

Berkata Sheikh Ahmad Al-Sowi;
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam kitab-kitabnya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
" Sesiapa yang membaca selawat ini, aku akan saksikan baginya pada Hari Kiamat dengan penyaksianku dan aku akan mensyafa'atkannya."
Rujukan:
Kitab Zikir Pagi, Petang dan Pendinding Diri, himpunan oleh Al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn. 'Alawi Al-Maliki Al-Hasani, m/s 45-47 terbitan Sofa Production cetakan kedua (Muharram 1432 H / Disember 2010 M), dikeluarkan oleh Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki.

wallahu aa'lam
Monday, January 31, 2011 | By: fatamorgana

Adab Amalan Safar & Rabu Terakhir Safar

Gambar sekadar hiasan

Mawlana Syaikh Adnan
Dari buku Al-Futuhat Al-Haqqaniya

Bulan Safar adalah bulan dari bulan sunnah. Nabi s.a.w menamakannya Safar al-Khair. Bulan Safar juga merupakan bulan di mana Allah menurukan Kemarahan dan Hukuman ke atas dunia. Banyak kaum yang terdahulu yang tidak percaya kepada Allah dan Rasul telah lenyap pada bulan ini. Saya masih teringat Syeikh Adnan Al Kabbani menahan diri dari keluar berjalan pada bulan ini; Syeikh Adnan menasihati agar kita semua tidak meninggalkan rumah melainkan benar-benar perlu.

Telah di tetapkan untuk menjalankan amalan untuk perlindungan pada setiap hari di bulan Safar ini dari Kitab Al-Futuhat Al-Haqqaniyyah karangan Syeikh Adnan Al Kabbani.

  1. Shahadatain ( 3 kali ).
  2. Astaghfirullah ( 300 kali ).
  3. Memberi Sadaqah setiap hari untuk Allah yang Maha Kuasa dengan niat untuk mengangkat jauh penderitaan dan malang. Ia satu amalan baik, sebagaimana yang dibuat oleh Grandsheikh ‘Abdullah qs., untuk membuat Korban di hari ke-27 Safar untuk Allah yang Maha Kuasa.
  4. Membaca setiap hari surah Al Fil ( 7 kali ) and Ayatul-Kursi ( 7 kali ).
Pada hari Rabu terakhir bulan Safar, buatlah amalan Adab sebagai berikut :
  1. Shadatain ( 3 kali ).
  2. Astaghfirullah ( 300 kali ).
  3. Ayatul Kursi ( 7 kali ).
  4. Surah Al Fil ( 7 kali ).
Baca kesemuanya dan hadiahkanlah kepada diri sendiri dan juga untuk keluarga. Adab paling baik untuk menahan daripada keluar dari rumah pada hari itu. Jikalau harus keluar, maka kekalkan Adab dan pulanglah ke rumah dengan segera apabila selesai mendapat keperluan.

Grandshaykh Abadullah Faiz Daghestani qs. berkata:
“Di hari rabu akhir bulan Safar, 70,000 penderitaan ( bala ) akan menimpa dunia. Barangsiapa yang
mengekalkan Adab ini yang disebut, dia akan dilindungi oleh Allah yang Maha Kuasa.”

by Haqqani Maulid Ensemble

wallahu aa'lam