Monday, January 31, 2011 | By: fatamorgana

Pesanan Imam Syafi'iy


Imam Muzany bercerita,”Aku menemui Imam Asy-Syafi’iy menjelang wafatnya, lalu aku berkata,”bagaimana keadaanmu pagi ini , wahai ustadzku?”

beliau menjawab, “Pagi ini aku akan melakukan parjalanan meninggalkan dunia, akan berpisah dengan kawan-kawanku, akan meneguk gelas kematian, akan menghadap kepada Allah dan akan menjumpai kejelekan amalanku. Aku tidak tau; apakah diriku berjalan ke syurga sehingga aku memberinya ucapan kegembiraan , atau berjalan ke neraka sehingga aku menghibur kesedihannya.”

Aku(Al-Muzany) berkata, “Nasihatilah aku”.

Asy-Syafi’iy berpesan kepadaku, “Bertaqwalah kepada Allah, parmisalkanlah akhirat dalam hatimu, jadikanlah kematian antara kedua matamu dan jangan lupa engkau akan berdiri di hadapan Allah. Takutlah kepada Allah ‘Azza wa Jalla, jauhilah apa-apa yang Dia haramkan, laksanakanlah segala yang Dia wajibkan, hendaknya engkau bersama Allah di manapun engkau berada. Jadikanlah diammu sebagai tafakkur, pembicaraanmu sebagai Dzikir dan pandanganmu sebagai pelajaran. Maafkanlah orang yang mendzolimimu, sambunglah orang yang memutus silaturrahmi kepadamu, berbuat baiklah kepada siapa yang bebuat jelek kepadamu, bersabarlah tehadap segala musibah, berlindunglah kepada Allah dari api neraka dengan ketaqwaan.”

Aku(Al-Muzany) berkata “Tambahkanlah (nasihatmu) kepadaku.”

Beliau melanjutkan, “Hendaknya kejujuran adalah lisanmu, menepati janji adalah tiang tonggakmu, rahmat adalah buahmu, kesyukuran sebagai thaharahmu, kebenaran sebagai perniagaanmu, kasih sayang adalah perhiasanmu, kecerdikan adalah daya tangkapmu, ketaatan sebagai mata pencaharianmu, ridha sebagai amanahmu, pemahaman adalah penglihatanmu, rasa harap adalah kesabaranmu, rasa takut sebagai jilbabmu, shadaqoh sebagai pelindungmu dan zakat sebagai bentengmu. Jadikanlah rasa malu sebagai pemimpinmu, sifat tidak tegesa-gesa sebagai menterimu, tawakkal sebagai baju tamengmu, dunia sebagai penjaramu dan kefakiran sebagai pembaringanmu. Jadikanlah kebenaran sebagai pemandumu, haji dan jihad sebagai tujuanmu, Al-Qur’an sebagai pembicaramu dengan kejelasan, jadikanlah Allah sebagai penyejukmu. Siapa yang sifatnya seperti ini maka syurga adalah tempat tinggalnya.”


Kemudian Asy-Syafi’iy mengangkat pandangannya ke arah langit seraya menghadirkan susunan ta’bir. Lalu beliau bersyair:

Kepada-Mu -wahai Ilâh segenap makhluq, wahai pemilik anugerah dan kebaikan-,

kuangkat harapanku, walaupun aku ini seorang yang bergelimang dosa.
Tatkala hati telah membatu dan sempit segala jalanku,

kujadikan harapan pengampunan-Mu sebagai tangga bagiku

Kurasa dosaku teramatlah besar, namun tatkala dosa-dosa itu

kubandingkan dengan maaf-Mu -wahai Rabb-ku-, ternyata maaf-Mu lebihlah besar

Terus menerus Engkau Maha Pemaaf dosa, dan terus-menerus

Engkau memberi derma dan maaf sebagai nikmat dan pemuliaan.

Andaikata bukan karena-Mu, tidak seorang pun ahli ibadah yang tersesat oleh iblis

bagaimana tidak, sedang dia pernah menyesatkan kesayangan-Mu, Adam.

Kalaulah Engkau memaafkan aku, maka Engkau telah memaafkan
seorang yang congkak, zholim lagi sewenang-wenang, yang masih terus berbuat dosa.

Andai kata Engkau menyiksaku, tidaklah aku berputus asa,
walaupun diriku telah Engkau masukkan ke dalam Jahannam lantaran dosaku.

Dosaku sangatlah besar, dahulu dan sekarang, namun maaf-Mu -wahai Maha Pemaaf- lebih tinggi dan lebih besar.”

Tarikh Ibnu Asâkir juz 51 hal. 430-431
Sumber: Majalah An-Nashihah vol.13 thn 1429 H/2008 M

wallahu aa'lam

Adab Amalan Safar & Rabu Terakhir Safar

Gambar sekadar hiasan

Mawlana Syaikh Adnan
Dari buku Al-Futuhat Al-Haqqaniya

Bulan Safar adalah bulan dari bulan sunnah. Nabi s.a.w menamakannya Safar al-Khair. Bulan Safar juga merupakan bulan di mana Allah menurukan Kemarahan dan Hukuman ke atas dunia. Banyak kaum yang terdahulu yang tidak percaya kepada Allah dan Rasul telah lenyap pada bulan ini. Saya masih teringat Syeikh Adnan Al Kabbani menahan diri dari keluar berjalan pada bulan ini; Syeikh Adnan menasihati agar kita semua tidak meninggalkan rumah melainkan benar-benar perlu.

Telah di tetapkan untuk menjalankan amalan untuk perlindungan pada setiap hari di bulan Safar ini dari Kitab Al-Futuhat Al-Haqqaniyyah karangan Syeikh Adnan Al Kabbani.

  1. Shahadatain ( 3 kali ).
  2. Astaghfirullah ( 300 kali ).
  3. Memberi Sadaqah setiap hari untuk Allah yang Maha Kuasa dengan niat untuk mengangkat jauh penderitaan dan malang. Ia satu amalan baik, sebagaimana yang dibuat oleh Grandsheikh ‘Abdullah qs., untuk membuat Korban di hari ke-27 Safar untuk Allah yang Maha Kuasa.
  4. Membaca setiap hari surah Al Fil ( 7 kali ) and Ayatul-Kursi ( 7 kali ).
Pada hari Rabu terakhir bulan Safar, buatlah amalan Adab sebagai berikut :
  1. Shadatain ( 3 kali ).
  2. Astaghfirullah ( 300 kali ).
  3. Ayatul Kursi ( 7 kali ).
  4. Surah Al Fil ( 7 kali ).
Baca kesemuanya dan hadiahkanlah kepada diri sendiri dan juga untuk keluarga. Adab paling baik untuk menahan daripada keluar dari rumah pada hari itu. Jikalau harus keluar, maka kekalkan Adab dan pulanglah ke rumah dengan segera apabila selesai mendapat keperluan.

Grandshaykh Abadullah Faiz Daghestani qs. berkata:
“Di hari rabu akhir bulan Safar, 70,000 penderitaan ( bala ) akan menimpa dunia. Barangsiapa yang
mengekalkan Adab ini yang disebut, dia akan dilindungi oleh Allah yang Maha Kuasa.”

by Haqqani Maulid Ensemble

wallahu aa'lam
Tuesday, January 11, 2011 | By: fatamorgana

Kisah Kanak-kanak yang Pintar

Gambar sekadar hiasan

          Dihikayatkan bahwa ada seseorang bernama Dahri, datang dia pada zaman Hammad (guru Imam Abi Hanifah) dan dia telah memanggil kesemua ulama’ kerana hendak berhujah kepada mereka. Katanya, “kata kamu Allah itu ada, maka mana tempatnya kerana tiada suatu pun benda yang wujud itu tiada tempatnya?”. Maka, beberapa ulama’ itu telah dikalahkan oleh Dahri. Selepas itu, berkata lagi Dahri kepada sekalian manusia, “adakah lagi tinggal daripada ulama’ kamu seorang?”. Maka sahut mereka, “ada, iaitu Hammad”. Kemudian berkatalah Dahri,”hai khalifah, hadirkan olehmu akan dia kepadaku supaya berhujah ia manghadapku”. Lalu, khalifah pun menyeru akan Hammad, dan berkatalah Hammad,”beri tangguh olehmu akan daku malam ini”.

          Keesokan paginya, datang Abu Hanifah menemui gurunya. Tatkala itu, Abu Hanifah masih lagi kecil. Dia melihat gurunya itu di dalam keadaan terlalu dukacita. Lalu, Abu Hanifah bertanya,”mengapakah engkau bersedih?”. Jawab Hammad,”bagaimana aku tidak dukacita, khalifah telah memanggil aku untuk berhujah dengan Dahri dan telah menghimpunkan segala ulama’, dan semalam semasa aku tidur, aku telah bermimpi buruk”. Bertanya lagi Abu Hanifah,”apakah ia?”. Hammad menjawab,”aku melihat akan satu dusun (kampung) yang sangat luas lagi cantik. Padanya ada satu pohon yang berbuah. Tiba-tiba, keluar daripada satu penjuru kampung itu seekor babi dan dia memakan buah-buahan pohon tersebut sehingga habis dengan daunnya serta cawangannya (dahan dan ranting) hingga tinggal batang pokok sahaja. Lalu, keluar daripada umbi pokok itu seekor harimau dan babi itu mati ditangkap harimau tersebut”. Abu Hanifah berkata,”sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepadaku ilmu ta’bir (menilik) mimpi dan mimpi ini baik untuk kita dan buruk bagi musuh kita. Maka, jikalau engkau izinkan untukku menta’bir mimpi itu, nescaya akan ku ta’birkan dia untukmu. Maka berkatalah Hammad,”ta’birkan olehmu, ya Nu’man (nama Abu Hanifah)”. Kata Abu Hanifah,”dusun yang luas lagi cantik itu adalah agama Islam dan pohon kayu yang berbuah itu adalah ulama’ dan pohon yang tinggal itu adalah engkau. Adalah babi itu Dahri dan harimau yang membunuh babi itu aku”.

          “Maka berjalanlah engkau dan aku akan bersama engkau. Maka dengan berkat hemah dan berkat hadrah engkau, akanku berkata-kata kepadanya dan akanku patahkan hujahnya“,kata Abu Hanifah. Maka sukalah Hammad itu dan berdirilah keduanya ketika itu jua menuju ke masjid jamek. Maka datang khalifah dan sekalian manusia pada majlis Hammad tersebut iaitu tempat Hammad menuju (masjid jamek) dan berdirilah Abu Hanifah disisi gurunya sambil memegang baju gurunya dan bajunya. Selepas itu, datang Dahri dan naik ia di atas mimbar dan bermulalah perbualan antara mereka:

Dahri: Siapakah yang akan menjawab solanku?

Abu Hanifah: Apakah soalan kamu itu,nyatakan olehmu dan orang yang mengetahui akan menjawab persolanmu itu.

Dahri: Siapa engkau hai kanak-kanak?berani engkau berkata-kata kepadaku sedangkan beberapa orang yang mempunyai kemegahan dan orang yang tua-tua dan serban yang besar-besar dan mempunyai kain yang mewah dan lengan baju yang luas-luas, lemah mereka itu dengan ku, maka betapa engkau berkata kepadaku sedangkan umur engkau masih setahun jagung dan hina disisiku?

Abu Hanifah: Tiada menaruh oleh Allah taála akan ketinggian dan kebesaran itu melalui orang-orang yang mempunyai serban yang besar-besar dan kain baju yang mewah-mewah dan tangan baju yang luas-luas tetapi ditaruh oleh Allah itu bagi ulama’ seperti firmanNya,“(maksudnya) dan segala mereka yang di datangkan bagi mereka itu akan ilmu itu beberapa darjat“.

Dahri: Adakah engkau akan menjawab solanku?

Abu Hanifah: Akan ku jawab akan soalan engkau denga taufiq Allah.

Dahri: Adakah Allah itu wujud? jikalau ya, di mana tempatnya kerana setiap yang wujud itu pasti ada tempatnya.

Abu Hanifah: Bahkan Allah itu wujud, tapi dengan tiada bertempat. Buktinya terdapat pada diri engkau.

Dahri: Buktikan.

Abu Hanifah: Tiadakah pada diri kamu itu nyawa?

Dahri: Bahkan. Mestilah ada.

Abu Hanifah:  Jikalau begitu dimana letaknya? di kepala kamu kah, atau di perutmu kah, atau di kaki kamu?

Maka tercenganglah Dahri kerana tidak dapat menjawab persoalan Abu Hanifah. Kemudian Abu Hanifah meminta air susu untuk dibuat dalil yang lain.

Abu Hanifah: Tiadakah pada air susu ini minyaknya (lemak)?

Dahri: Bahkan (ada).

Abu Hanifah: Jikalau begitu, di mana letaknya? di ataskah, atau di bawahkah?

Sekali lagi Dahri terdiam tiada dapat dia menjawab akan persoalan itu.

Abu Hanifah: Seperti tiada dapat bagi roh itu tempat pada tubuh dan tiada pula bagi minyak (lemak) itu pada air susu itu, begitu juga Allah tiada tempatNya pada kejadianNya.

Dahri: Apa ada dahulu daripada Allah dan apa kemudian daripadaNya?

Abu Hanifah: Tiada suatu pun sebelumNya dan tiada satu pun kemudian daripadaNya.

Dahri: Adakah boleh difikir (logik) ada sesuatu yang wujud tetapi tiada sebelumnya dan tiada sesudahnya?

Abu Hanifah: Dalil itu juga ada pada badan kamu.

Dahri: Buktikan.

Abu Hanifah: Apakah yang ada sebelum ibu jari kamu dan apakah yang ada selepas jari kelingkingmu?

Dahri: Tiada sesuatu sebelum ibu jari ku dan tiada juga sesuatu selepas jari kelingkingku.

Abu Hanifah: Demikian juga Allah taála, tiada sesuatu sebelumNya dan tiada sesuatu selepasNya.

Dahri: Tinggal satu lagi soalan padaku untukku tanyakan.

Abu Hanifah: Akan ku jawab, Insya-Allah..

Dahri: Apa kelakuan (kerja) Allah sekarang ini?

Abu Hanifah: Cara engkau ini terbalik. Sepatutnya yang menjawab itu di mimbar (di atas) dan yang bertanya itu di bawah mimbar. Jika engkau turun dan aku naik, nescaya aku akan menjawab solan engkau itu.

Maka Dahri pun turun dan Abu Hanifah naik ke atas mimbar.

Dahri: Sekarang, apakah jawapannya.

Abu Hanifah: Kelakuan (kerja) Allah sekarang ini menggugurkan yang batil seumpama kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang hak (benar) umpama aku dari bawah ke atas.

Maka berlalulah Dahri dan putus hujahnya.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin fii Ílmi Usuluddeen (I’tiqad segala orang yang kelepasan daripada sesat dan bidáh pada bicara usuluddin), atas mazhab Ahlussunnah wal Jamaah (Mazhab Aqidah) dengan bahasa melayu karangan Al-álim Al-államah Al-fahamah As-sheikh Zainulábidin bin Muhammad Al-fatoni.
m/s 7, baris ke-enam dari bawah hingga m/s 9 baris ke-empat dari atas.

wallahu aa'lam

Hikmah Puasa Secara Saintifik


Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.
“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” – Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika

Dalam ilmu biologi, otak tidak dapat berfungsi dengan baik ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan

Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulama’ berkenaan puasa

Rasulullah S.A.W bersabda “Berpuasalah supaya kamu sihat.” -Hadith Riwayat Abu Naiim
Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung” – Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`

Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits :
“ Tidaklah Bani Adam memenuhi kantung yang lebih buruk dari perutnya, hendaknya Bani Adam makan sekadar menegakkan punggungnya, jika tidak dapat tidak (terpaksa) maka makanlah sepertiga makanan sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafasnya.” – HR. Imam Tirmidzi
Manfaat lapar untuk kesihatan hati

Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :“Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”

Beliau juga berkata :“Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal sholehnya.”

Rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya menurut Imam AlGhazali;

1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.

2. Memelihara lidah dari bersembang kosong, berbohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’.

3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah Allah s.w.t telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud: “Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (al-Maidah: 42)

4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunanya berpuasa dari makanan yang halal, kemudian dia berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”
Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan orang itu ialah orang yang menahan dirinya berpuasa dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengertikannya dengan orang yang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.

5. Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal.

Artikel penuh Hikmah Puasa

Bersahur pelihara kesihatan, walau dengan seteguk air

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan walaupun hukumnya sunat sahaja. Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya bersahur.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).
Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?”
Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.
Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah).

Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.
Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan

diambil dari:
http://cikgufarizal.com/2008/09/02/blog-2/kajian-sains-dan-ilmu-moden-berkenaan-kelebihan-puasa/ on monday, 19 April 2010

wallahu aa'lam

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak 

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di ' kurniakan ' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

wallahu aa'lam
Monday, January 10, 2011 | By: fatamorgana

Ingatkan Saudara2 Kita Yg Berangkat Haji: "Awas Salah Tempat Sa'i, Harus Di Tempat Sa'i Yang Lama" ((( Sangat Penting )))

Segala puji bagi Allah, shalawat dan salam semoga selalu tercurah atas Rasulullah, keluarga, dan para sahabatnya.

Kaum Wahabi tidak merasa cukup hanya dengan berusaha merusak aqidah orang-orang Islam, selain itu  mereka juga merusak ibadah haji orang-orang Islam yang tengah mereka kerjakan.

Sesungguhnya semenjak zaman Rasulullah seluruh orang Islam melakukan ibadah sa’i antara Shafa dan Marwah di tempat khusus yang telah ditetapkan oleh Raslullah. Dalam sebuah hadits Rasulullah memberikan pelajaran tentang tata cara berhaji, beliau bersabda:

خذوا عني مناسِككم
“Ambilah dariku tata cara ibadah haji kalian”.

Rasulullah tidak perah berkata: “Ambilah tata cara ibadah kalian dari para penguasa wahabi”.

Tepatnya tanggal 24 Februari 2008 kaum Wahabi memulai proyek pelebaran tempat ibadah sa’i yang sebelumnya telah mereka rencanakan. Mereka ingin “dikenang sejarah” agar dicatat bahwa pelebaran tempat ibada sa’i telah dibangun oleh “tangan mereka”, tidak peduli walaupun itu menyalahi ketentuan-ketentuan syari’at.

Lebar tampat ibadah sa’i sebenarnya adalah sekitar 35 hasta; atau sekitar 17,5 meter. Namun sekarang telah dirubah oleh dinasti Wahabi menjadi 55 meter, dengan menambahkan sekitar 38 meter dari yang telah ditentukan oleh Rasulullah. Proyek pelebaran ini tidak lain hanya untuk “memenuhi keinginan perut dan kekuasaan” mereka.

Al Imam al Hafizh an Nawawi dalam kitab al Majmu’, juz. 2, hlm. 77, meriwayatkan perkataan Imam asy Syafi’i, menuliskan: “Imam asy Syafi’i berkata: Jika seseorang melakukan sa’i di suq al ath-tharin maka sa’i-nya tersebut tidak sah”.

Suq al ath-tharin di masa Imam asy Syafi’i adalah adalah tempat yang menempel di sisi tempat sa’i yang telah ditentukan oleh Rasulullah. Lihat gambar berikut ini, di bagian belakang peralatan berat adalah tempat sa’i lama (tempat yang telah ditentukan oleh Rasulullah). Kemudian sedikit di arah depan peralatan berat tersebut adalah Suq al Al ath-tharin (menempel dengan tempat sa’i lama). Lalu di depannya lagi ke arah luar (dengan tanda panah yang banyak) adalah pelebaran yang tempat sa’i yang prakarsai Wahabi.

Foto ini menunjukan kerja-kerja projek pelebaran tempat Sa’i yang di mulai tahun 2008


Syekh Mulla Ali al Qari, salah seorang ulama terkemuka madzhab Hanafi, berkata: “Jika seseorang melakukan sa’i di luar tempat yang telah disepakati maka ibadah sa’i-nya tidak sah. Orang tersebut jika telah pulang (dari Mekah) maka wajib ia kembali (ke Mekah) untuk melakukan sa’i sesuai tempat aslinya”.

Apa yang dikutip oleh Syekh Mulla al Qari ini adalah konsensus (Ijma’) ulama tentang keharusan melakukan sa’i sesuai dengan tempat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah. Perkara ini telah disepakati oleh seluruh ulama.

Namun lihat, apa yang sekarang terjadi...!!! Suq al Ath-tharin yang menempel ke tempat sa’i lama yang oleh Imam Syafi’i tidak boleh dijadikan tempat sa’i; sekarang malah jauh lebih keluar dan lebih melebar. Hasbunallah.

Ingatkan saudara-saudar kita yang berangkat haji; YANG MELAKUKAN SA’I DI LUAR TEMPAT SA’I YANG LAMA MAKA SA’I-NYA TIDAK SAH”.

Garis dengan warna merah adalah tempat sa’i lama yang sesuai dengan tuntunan Rasulullah, garis biru adalah wilayah Suq al Ath-tharin, dan garis kuning (termasuk yang diarsir) adalah tempat sa’i baru prakarsa Wahabi. Sa’i yang dikerjakan di wilayah warna biru dan kuning ini tidak sah. Ibadah sa’i antara Shofa dan Marwah harus dilakukan ditempat sa’i lama.

Perhatikan.... Seorang yang melaksanakan sa’i (baik untuk haji atau untuk umrah) pertama-tama ia memulainya dari Shafa, lalu berjalan ke arah Marwah; harus ia lakukan pada bagian yang lebih dekat ke arah ka’bah, (pada gambar di atas di garis warna merah). Kemudian ketika memutar balik dari arah Marwah untuk kembali ke arah Shafa harus pada tempat yang sama; jangan sampai melebar ke arah yang ditunjukan dengan warna biru dan warna kuning.

                                                                                                                                          

Masalah: “Jika dikatakan bahwa tujuan pelebaran itu adalah untuk meringankan jumlah jama’ah yang sangat banyak”.

Jawab: “Ada cara untuk tujuan itu yang sesuai dengan tuntunan syari’at, yaitu dengan membuat beberapa lantai baik ke arah atas atau ke arah bawah. Seandainya dibangun ke arah atas walaupun hingga 10 lantai, dan atau ke arah bawah walaupun hingga 10 lantai dengan tetap memelihara panjang dan lebarnya sesuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh Rasulullah; termasuk menjaga posisi tinggi dan rendahnya antara dua bukit Shafa dan Marwah tersebut, sesuai dengan pola tempat sa’i yang lama; maka sa'i-nya dianggap sah. Oleh karena Siti Hajar dahulu naik bukit Shafa, lalu turun, lalu naik ke bukit Marwah, lalu turun, lalu kembali naik ke bukit Shafa, dan demikian seterusnya.

Kaum Wahabi MEMBUAT BOHONG BESAR dalam masalah ini, mereka mengatakan bahwa masalah tempat sa’i adalah masalah yang masih diperselisihkan (khilafiyyah). Catat, pernyataan mereka ini BOHONG BESAR.

Sebenarnya, dahulu para pemuka ajaran Wahabi sendiri mengharamkan melakukan sa’i di luar batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah --seperti yang akan anda lihat dalam bukti scan di bawah ini--, hanya kemudian makin ke belakang ini di antara mereka terdapat perbedaan pendapat. Catat, PERBEDAAN PENDAPAT INI HANYA DI ANTARA MEREKA; antara yang mau mangikuti “nafsu kekuasaan raja mereka” dan antara mengikuti ketetapan tampat sa’i yang lama.

Sekali lagi CATAT…., yang dimaksud “perbedaan pendapat” (khilafiyyah) oleh mereka adalah perbedaan di kalangan orang-orang Wahabi sendiri, bukan ulama kita; ulama Ahlussunnah Wal Jama’ah.

Seandainya sa'i dapat dilakukan di luar tempat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah --seperti ketetapan ajaran baru kaum Wahabi ini; maka berarti sa'i dapat dilakukan di mana-pun. Na'udzu billah.

Mereka dahulu tidak pernah berani mengeluarkan pendapat yang menyesatkan ini; sebelum kemudian datang proyek pelebaran tersebut dari “tuan-tuan raja mereka sendiri”. Bahkan dahulu mereka mengingkari orang-orang yang melakukan sa’i di luar batas/tempat yang telah ditetapkan dalam syari’at. Namun setelah “ketetapan” penguasa mereka datang; akhirnya fatwa-fatwa kaum Wahabi satu sama lainnya saling bertentangan; sesuai kepentingan “FULUS”.

Perhatikan ketetapan para ulama Wahabi dalam scan berikut, mereka melarang pelebaran tempat sa’i dari yang telah ditetapkan oleh Rasulullah, mereka hanya membolehkan membangun lantai bertingkat jika memang itu dibutuhkan.


Ini bunyi teks yang beri tanda panah dan garis merah:

أن العمارة الحالية للمسعى شاملة لجميع أرضه , ومن ثم فإنه ((لا يجوز توسعتها)) , و يمكن عند الحاجة (حل المشكلة رأسياً) , بإضافة بناء فوق المسعى
"Bangunan tempat sa'i yang ada sekarang sudah mencakup keseluruhan area tanahnya (artinya sesuai dengan yang telah ditetapkan dalam Syari'at), oleh karena itu tidak boleh diperlebar. Tapi dimungkinkan --bila dibutuhkan-- untuk memecahkan masalah (terlalu banyak jama'ah) dengan menambah bangunan di atas tempat sa'i (yang ada)".

Bahkan, "Imam terkemuka rujukan Wahabi"; al Mujassim IBNU TAIMIYAH mengatakan bahwa sa'i yang dilakukan diluar tempat yang telah disepakati maka sa'i-nya tidak sah. Dalam "Syarh al 'Umdah", juz 3, hlm 599, IBNU TAIMIYAH berkata: "Jika seseorang melakukan sa'i ditempat yang berdekatan dengan tempat sa'i yang telah ditentukan, ia tidak melakukan sa'i di tempat antara Shafa dan Marwah; maka sa'i-nya tidak sah".

Lebih jauh lagi, IBNU TAIMIYAH mengatakan jika seseorang berjalan naik turun di antara dua gunung dan ia menganggap apa yang dilakukannya ini sebagai bentuk ibadah sebagaimana ibadah sa'i antara Shafa dan Marwah; maka perbuatannya ini HARAM, bahkan pelakunya harus diminta untuk bertaubat, dan jika ia tidak mau bertaubat maka ia dihukum BUNUH. (Lihat karya Ibnu Taimiyah berjudul MAJMU' FATAWA, juz. 11, hlm. 632)

Tempat sa'i yang kita lihat sekarang dengan nama "AL MAS'A AL JADID" (Tempat Sa'i Baru) adalah jelas tidak sesuai dengan tuntunan Rasulullah.

Heh.... Wahabi!!! Mengapa kalian tidak menamakan "PEKERJAAN" kalian tersebut sebagai bid'ah?????? Bukankah itu nyata bid'ah yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dalam praktek ibadahnya??????????? Tidakkah kalian BUNUH DIRI saja agar sesuai dengan fatwa "Imam" kalian; Ibnu Taimiyah al Mujassim yangtelah mengatakan demikian?????

???????????????? pertanyaan panjang ????????????????????

Lebih luas tentang ketetapan para ulama tentang ibadah sa'i tidak boleh di luar tempat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah (harus di AL MAS'A AL QADIM = harus di tempat sa'i yang lama); buka link berikut:

Cukup bagi kita bahwa Rasulullah telah bersabda:
خذوا عني مناسِككم
Ambilah dariku tata cara ibadah haji kalian”.

wallahu aa'lam

Hindari Memahami Ayat-ayat Mutasyabihat Dalam Makna Zahirnya (Mewaspadai Ajaran Sesat Wahabi)


Untuk memahami tema ini sebagaimana mestinya, harus diketahui terlebih dahulu bahwa di dalam al Qur'an terdapat ayat-ayat muhkamat dan ayat-ayat mutasyabihat. Allah ta'ala berfirman :

 ] هُوَ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ ءَايَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَـأَمَّا
الَّذِيْنَ فِي قُلُوْبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُوْنَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِـغَاءَ الْفِـتْنَةِ وَابْتِـغَاءَ تَأْوِيْلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْـلَهُ إِلاَّ اللهُ وَالرَّاسِخُوْنَ فِي الْعِلْمِ يَقُوْلُوْنَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُوْا اْلأَلْبَابِ ]   (ءال عمران : 7

"Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepada Muhammad. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat muhkamat, itulah Umm Al Qur'an (yang dikembalikan dan disesuaikan pemaknaan ayat-ayat al Qur'an dengannya) dan yang lain ayat-ayat mutasyabihat. Adapun orang-orang  yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya sesuai dengan hawa nafsunya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (seperti saat tibanya kiamat)  melainkan Allah serta orang-orang yang mendalam ilmunya mengatakan : "kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu berasal dari Tuhan kami". Dan tidak dapat mengambil pelajaran darinya kecuali orang-orang yang berakal"    (Q.S. Al Imran : 7)


I. Definisi Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat

            Al Muhkam: المتضح المعنى ; yang jelas maknanya.
            al Mutasyabih: ما ليس بمتضح المعنى; yang tidak jelas maknanya.[1]

            Jadi Ayat-ayat Muhkamat : ayat yang dari sisi kebahasaan memiliki satu makna saja dan tidak memungkinkan untuk ditakwil ke makna lain. Atau ayat yang diketahui dengan jelas makna dan maksudnya. Seperti firman Allah :

(لَيْسَ كَمِثْلِهِ  شَىءٌ ﴾ (سورة الشورى: ۱۱)

Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya (baik dari satu segi maupun semua segi, dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya)”. (Q.S. asy-Syura: 11)  
                                                           
         
(وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴾ (سورة الإخلاص :4)

Dia (Allah) tidak ada satupun yang menyekutui-Nya”. (Q.S. al Ikhlash : 4)     


(هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا ﴾ (سورة مريم :65)
Allah tidak ada serupa bagi-Nya”. (Q.S. Maryam : 65)

     Ayat-ayat Mutasyabihat : ayat yang belum jelas maknanya. Atau yang memiliki banyak kemungkinan makna dan pemahaman sehingga perlu direnungkan agar diperoleh pemaknaan yang tepat yang sesuai dengan ayat-ayat muhkamat. Seperti firman Allah :

(الرّحْمٰنُ  عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى ﴾   (سورة طه :5)

      Penafsiran terhadap ayat-ayat mutasyabihat harus dikembalikan kepada ayat-ayat muhkamat. Ini jika memang berkait dengan ayat-ayat mutasyabihat yang mungkin diketahui oleh para ulama. Sedangkan mutasyabih (hal yang tidak diketahui oleh kita) yang dimaksud dalam ayat

(وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْـلَهُ إِلاَّ اللهُ ﴾ (سورة ءال عمران : 7)

Menurut bacaan waqaf pada lafazh al Jalalah الله adalah seperti saat kiamat tiba, waktu pasti munculnya Dajjal, dan bukan mutasyabih  yang seperti ayat tentang istiwa') Q.S. Thaha : 5). Dalam sebuah hadits Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda :

(اعْمَلُوْا بِمُحْكَمِهِ وَءَامِنُوْا بِمُتَشَابِهِهِ" (حديث ضعيف ضعفا خفيفا"
Amalkanlah ayat-ayat muhkamat yang ada dalam Al Qur'an dan  berimanlah terhadap  yang mutasyabihat dalam Al Qur'an". 

Artinya jangan mengingkari adanya ayat-ayat mutasyabihat ini melainkan percayai adanya dan kembalikan maknanya kepada ayat-ayat yang muhkamat. Hadits ini dla'if dengan kedla'ifan yang ringan.

            Az-Zabidi mengatakan menukil dari al Qusyairi : "Bukankah ada pendapat yang mengatakan bahwa bacaan ayat (tentang takwil) tersebut adalah  [  وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْـلَهُ إِلاَّ اللهُ وَالرَّاسِخُوْنَ فِي الْعِلْمِ ], seakan Allah menyatakan "orang yang mendalam ilmunya juga mengetahui takwilnya serta beriman kepadanya" karena beriman kepada sesuatu itu hanya dapat terwujud setelah mengetahui sesuatu itu, sedang sesuatu yang tidak diketahui tidak akan mungkin seseorang beriman kepadanya. Karenanya, Ibnu Abbas mengatakan : "Saya termasuk orang-orang yang mendalam ilmunya".


II. Metode Memaknai Ayat Mutasyabihat

            Ada dua metode untuk memaknai ayat-ayat mutasyabihat yang keduanya sama-sama benar :

            Pertama : Metode Salaf. Mereka adalah orng-orang yang hidup pada tiga abad hijriyah pertama. Yakni kebanyakan dari mereka mentakwil  ayat-ayat mutasyabihat secara global (takwil ijmali), yaitu dengan mengimaninya serta meyakini bahwa maknanya bukanlah sifat-sifat jism (sesuatu yang memiliki ukuran dan dimensi), tetapi memiliki makna yang layak bagi keagungan dan kemahasucian Allah tanpa menentukan apa makna tersebut. Mereka mengembalikan makna ayat-ayat mutasyabihat tersebut kepada ayat-ayat muhkamat seperti firman Allah :

(لَيْسَ كَمِثْلِهِ  شَىءٌ ﴾ (سورة الشورى: ۱۱)
Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya (baik dari satu segi maupun semua segi, dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya)”. (Q.S. asy-Syura: 11)                            
                                         
         Takwil ijmali ini adalah seperti yang dikatakan oleh imam asy-Syafi'i –semoga Allah meredhainya- :

" ءَامَنْتُ بِمَا جَاءَ عَنِ اللهِ عَلَى مُرَادِ اللهِ وَبِمَا جَاءَ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ r عَلَى مُرَادِ رَسُوْلِ اللهِ "

"Aku beriman dengan segala yang berasal dari Allah sesuai apa yang dimaksudkan Allah dan beriman dengan segala yang berasal dari Rasulullah r  sesuai dengan maksud Rasulullah"

yakni bukan sesuai dengan yang terbayangkan oleh prasangka dan benak manusia yang merupakan sifat-sifat benda (makhluk) yang tentunya mustahil bagi Allah.

            Selanjutnya, penafian bahwa ulama salaf mentakwil secara terperinci (takwil tafshili) seperti yang diduga oleh sebagian orang tidaklah benar. Terbukti bahwa dalam Shahih al Bukhari, kitab tafsir al Qur'an tertulis :

" سُوْرَةُ الْقَصَصِ ، كُلُّ شَىْءٍ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ ، إِلاَّ مُلْكَهُ وَيُقَالَ مَا يُتَقَرَّبُ بِهِ إِلَيْهِ " اهـ.

"Surat al Qashash, كُلُّ شَىْءٍ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ  (Q.S. al Qashash : 88) yakni kecuali kekuasaan dan pengaturan-Nya terhadap makhluk-Nya atau amal yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada-Nya". 

Kekuasaan Allah adalah sifat Allah yang azali (tidak memiliki permulaan) , tidak seperti kekuasaan yang Ia berikan kepada makhluk-Nya. Dalam  Shahih al Bukhari juga masih terdapat takwil semacam ini di bagian yang lain seperti dlahik  yang terdapat dalam hadits ditakwilkan dengan rahmat-Nya yang khusus (ar-Rahmah al Khashshah).

            Terbukti dengan sahih pula bahwa imam Ahmad yang juga termasuk ulama salaf mentakwil firman Allah : رَبُّكَ وَجَاءَ secara tafshili (terperinci), ia mengatakan : yakni datang kekuasan-Nya (tanda-tanda kekuasaan-Nya) ". Sanad perkataan imam Ahmad ini disahihkan oleh al Hafizh al Bayhaqi, seorang ahli hadits yang menurut al Hafizh Shalahuddin al 'Ala-i : "Setelah al Bayhaqi dan ad-Daraquthni, belum ada ahli hadits yang menyamai kapasitas keduanya atau mendekati kapasitas keduanya ". Komentar al Bayhaqi terhadap sanad tersebut ada dalam kitabnya Manaqib Ahmad. Sedang komentar al Hafizh Abu Sa'id al 'Ala-i mengenai al Bayhaqi dan ad-Daraquthni  terdapat dalam bukunya al Wasyyu al Mu'lam. Al Hafizh Abu Sa'id al 'Ala-i sendiri menurut al Hafizh Ibnu Hajar : "Dia adalah guru dari para guru kami", beliau hidup pada abad VII Hijriyah.

            Banyak di antara para ulama yang menyebutkan dalam karya-karya mereka bahwa imam Ahmad mentakwil secara terperinci (tafshili), di antaranya al Hafizh Abdurrahman ibn al Jawzi yang merupakan salah seorang tokoh besar madzhab Hanbali. Disebut demikian karena beliau banyak mengetahui nash-nash (teks-teks induk) dalam madzhab Hanbali dan keadaan imam Ahmad.

            Abu Nashr al Qusyairi juga telah menjelaskan konsekwensi-konsekwensi buruk yang secara logis akan didapat oleh orang yang menolak takwil. Abu Nashr al Qusyairi adalah seorang ulama yang digelari oleh al Hafizh 'Abdurrazzaq ath-Thabsi sebagai imam dari para imam. Ini seperti dikutip oleh al Hafizh Ibnu 'Asakir dalam kitabnya Tabyin Kadzib al Muftari.

            Kedua : Metode Khalaf. Mereka mentakwil ayat-ayat mutasyabihat secara terperinci dengan menentukan makna-maknanya sesuai dengan penggunaan kata tersebut dalam bahasa Arab. Seperti halnya ulama Salaf, mereka tidak memahami ayat-ayat tersebut sesuai dengan zhahirnya. Metode ini bisa diambil dan diikuti, terutama ketika dikhawatirkan terjadi goncangan terhadap keyakinan orang awam demi untuk menjaga dan membentengi mereka dari tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya). Sebagai contoh, firman Allah yang memaki Iblis :

(مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ ﴾ (سورة ص : 75)

Ayat ini boleh ditafsirkan bahwa yang dimaksud dengan al Yadayn adalah al 'Inayah (perhatian khusus) dan al Hifzh (memelihara dan menjaga).


III. Pemahaman Golongan Musyabbihah terhadap Ayat-ayat Mutasyabihat

            Berbeda dengan para ulama salaf dan khalaf yang memakai metode takwil ijmali atau tafshili dalam memaknai ayat Mutasyabihat, golongan Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya) mengambil makna zhahir ayat-ayat Mutasyabihat. Berbeda dengan prinsip yang dipegangi mayoritas ummat bahwa induk al Qur'an adalah ayat-ayat Muhkamat –seperti dijelaskan dalam al Qur'an: " هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ " - sehingga ayat-ayat Muhkamat yang mesti didahulukan untuk diajarkan kepada ummat sebelum ayat Mutasyabihat dan ayat-ayat Mutasyabihat harus dikembalikan pemahamannya kepada induknya; yaitu ayat-ayat Muhkamat, golongan Musyabbihah selalu mendahulukan ayat-ayat Mutasyabihat untuk diajarkan dan seakan mereka menganggap itulah inti dari ajaran Islam. Buku-buku aqidah mereka selalu mengedepankan mengajarkan ayat-ayat Mutasyabihat dan menanmkan paham tasybih pada pengikut mereka, sehingga disadari atau tidak inilah ciri orang yang menyimpang seperti dijelaskan oleh al Qur'an. Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda :

إذا رأيتم الذين يتبعون ما تشابه منه فأولئك الذين سمى الله فاحذروهم (رواه أحمد والبخاري ومسلم وأبو داود والترمذي وابن ماجه
Jika kalian menyaksikan orang-orang yang mengikuti ayat-ayat Mutasyabihat al Qur'an, maka mereka inilah yang disebutkan oleh dalam Al Imran : 7, waspadai dan jauhi mereka".  (H.R. Ahmad, al Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Turmudzi dan Ibnu Majah)

            Paham tasybih ini sering terungkap ketika golongan ini menafsirkan ayat-ayat al Qur'an atau menerjemahkannya ke bahasa-bahasa lain, seperti al Qur'an dan Terjemahannya cetakan Saudi Arabia yang dipenuhi dengan paham tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya). Berikut contoh-contoh dari pemahaman tasybih mereka:

  • Ayat Kursi (Q.S. al Baqarah: 255), pada catatan kaki No.161, h. 63 dikatakan: "…pendapat yang sahih terhadap makna kursi ialah tempat letak telapak kaki-Nya".  Perkataan ini jelas paham tasybih. Orang-orang Wahhabi ini meyakini bahwa Allah memiliki anggota badan yaitu kaki dan telapak kaki. Padahal al Imam ath-Thahawi telah menukil ijma' para ulama salaf yang menegaskan:

"تعالـى (يعني الله) عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء والأدوات".

"Maha suci Allah dari batas-batas (bentuk kecil maupun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar (seperti wajah, tangan dan lainnya) maupun anggota badan yang kecil (seperti mulut, lidah, anak lidah, hidung, telinga dan lainnya).

Al Imam ath-Thahawi juga mengatakan:  


 " ومن وصف الله بمعنى من معانـي البشر فقد كفر".
"Barangsiapa menyifati Allah dengan salah satu sifat manusia maka ia telah kafir".

Di antara sifat-sifat manusia adalah bergerak, diam, turun, naik, duduk, bersemayam, memiliki anggota badan, baik yang kecil maupun yang besar dan lain sebagainya. Jadi terjemahan tersebut jelas mengusung paham tasybih dan kekufuran.

  • Pada halaman 230, 368, 476, 567, 660, 900 mereka mengartikan "استوى على العرش":
dengan bersemayam, padahal bersemayam maknanya adalah duduk, berkediaman atau tinggal, tersimpan, terpatri (di hati), membaringkan. Dan semua makna ini mustahil berlaku bagi Allah karena semuanya adalah sifat makhluk. Tidak boleh diyakini bahwa Allah bersemayam tidak seperti bersemayamnya kita, karena begitu dikatakan Allah bersemayam berarti telah menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya.

            Dan masih banyak penyimpangan-penyimpangan serupa di berbagai tempat dalam al Qur'an dan Terjemahannya cetakan Saudi Arabia tersebut. Orang yang jeli dan memahami dengan baik aqidah Ahlussunnah akan dengan mudah menemukan paham tasybih tersebut.
            Paham tasybih ini juga nampak ketika para pengikut paham ini mengatakan tentang sifat Allah tertentu:  بذاته dan kata hakiki.[2] Misalnya Muhammad Shalih ibnu Utsaimin ketika menyebutkan sifat al 'Ayn bagi Allah ia mengatakan:

"ونؤمن بأن لله عينين اثنتين حقيقيتين".

"Dan kami beriman bahwa Allah memiliki dua 'ayn yang hakiki".

Padahal sifat 'Ayn tidak pernah disebutkan dalam al Qur'an dengan lafazh tatsniyah atau dengan tambahan kata hakiki. Itu berarti bahwa ia mamahami 'Ayn tak ubahnya adalah dua mata yang hakiki. Dan jelas 'Ayn yang hakiki adalah kelopak mata dengan seluruh bagiannya. Pernyataan Utsaimin ini terdapat dalam buku yang ia namakan: " عقيدة أهل السنة والجماعة ". Dalam edisi bahasa Indonesia juga bisa dibaca akidah yang sesat ini dalam terjemahan M.Yusuf Harun, M.A. di halaman-halaman berikut: 27, 28, 29, 34. Disebutkan dalam edisi terjemahan ini, h. 34: "(Allah) mempunyai dua mata yang sebenarnya". Pada h. 35 dikatakan: "Bahwa mata Allah adalah dua…".

            Padahal Ahlussunnah  mengimani 'Ayn sebagai sifat Allah, yang pasti bukan kelopak mata dan seluruh bagian-bagiannya. Al Imam al Bayhaqi dalam kitab al Asmaa' wa ash-Shifaat[3] menyebutkan bab-bab berikut:

- (باب ما جاء في إثبات الوجه صفة لا من حيث الصورة ) Bab tentang penetapan Wajh bagi Allah sebagai sifat bukan sebagai bentuk dan gambar.
- (باب ما جاء في إثبات العين صفة لا من حيث الحدقة) Bab tentang penetapan 'Ayn bagi Allah sebagai sifat bukan dari sisi sebagai kelopak mata.
- (باب ما جاء في إثبات اليدين صفتين لا من حيث الجارحة) Bab tentang penetapan Yadayn bagi Allah sebagai sifat bukan sebagai anggota badan.

            Jadi meski sama-sama menetapkan Wajh, 'Ayn, Yadayn bagi Allah, Ahlussunnah dan golongan Musyabbihah  seperti orang-orang Wahhabi berbeda dalam memahaminya. Ahlussunnah memahaminya sebagai sifat Allah yang tidak menyerupai sifat makhluk-Nya. Wajh bukan muka atau bagian tubuh, 'Ayn bukan mata, kelopak mata dan semacamnya, dan Yadayn bukan kedua tangan yang merupakan anggota badan. Sedangkan orang-orang wahhabi memahami Wajh secara hakiki, 'Ayn secara hakiki, yaitu mata, Yadayn secara hakiki yaitu tangan. Menurut Ahlussunnah sifat-sifat tersebut ketika diyakini sebagai sifat Allah maka tidak bisa diterjemahkan ke bahasa lain. Karena kata Wajh, 'Ayn dan Yadayn dalam bahasa Arab memiliki beberapa makna, dengan diterjemahkan kepada salah satu maknanya akan terjadi distorsi dan ketika itu nampak dipahami sebagai apa. Jika diterjemahkan sebagai wajah atau muka, mata dan tangan berarti telah meyakini keyakinan tasybih; bahwa Allah memiliki anggota badan.  Seorang sunni meyakini bahwa Allah memiliki sifat-sifat tersebut yang bukan bermakna muka, mata atau tangan. Memang mungkin saja diterjemahkan tetapi diterjemahkan maknanya dengan mentakwil Wajh sebagai al Mulk (kekuasaan), 'Ayn sebagai al Hifzh (pemeliharaan), Yad sebagai al 'Inayah (perhatian khusus), atau al Qudrah (kekuasaan) atau al 'Ahd (janji) dan semacamnya.


IV. Syubhah dan Jawabannya

            Golongan Musyabbihah mengklaim bahwa madzhab yang mereka ikuti adalah metode para ulama salaf ash-Shalih.
            Jawaban: Jelas berbeda antara pendapat mereka dan madzhab mayoritas salaf. Karena sangat berbeda antara al Akhdzu bizh-Zhahir (mengambil zhahir ayat atau hadits sifat) dan Nafyu al kayf  'anillah (menafikan sifat-sifat makhluk dari Allah). Madzhab salaf bukan Itsbatul kayf Lillah (menetapkan al kayf bagi Allah) dengan al Jahl bi dzalikal kayf (tanpa mengetahui kayf tersebut), tetapi tanzihullah 'anil Kayf (mensucikan Allah dari al kayf). Jadi ketika memaknai ayat Istiwa' ulama salaf memahami bahwa al Kayf seperti duduk, bersemayam, berada di atas 'arsy dengan jarak dan semacamnya  dinafikan dari Allah. Tetapi golongan Musyabbihah memahami istawa dengan istaqarra; bersemayam dan berada di atas 'arsy, tanpa mengetahui bagaimana bersemayam-nya Allah. Ini jelas merupakan tasybih; menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya dengan menyifati Allah dengan sifat makhluk, yaitu bersemayam. Jauh berbeda antara Tanzih dan Tasybih, jelas berbeda antara Itsbatul kayf Lillah dengan tanzihullah 'anil Kayf. Al Imam Malik dan lainnya tidak pernah mengatakan al Kayf Majhul. Hanya ada dua riwayat yang sahih dari para ulama salaf. Pertama: riwayat yang berbunyi:

" الرحمن على العرش استوى كما وصف نفسه ولا يقال كيف وكيف عنه مرفوع وما أراك إلا صاحب بدعة أخرجوه".
"Allah memiliki sifat istiwa' seperti yang Ia sifatkan sendiri untuk Dzat-Nya, tidak boleh dikatakan Bagaimana dan Kayf mustahil bagi-Nya".

Ini diriwayatkan oleh al Hafizh al Bayhaqi dari al Imam Malik dengan sanad yang Jayyid (kuat). Kedua: riwayat dari Ummu Salamah dan Rabi'ah yang berbunyi:

" الاستواء غير مجهول والكيف غير معقول...".
"Istiwa sudah diketahui bahwa Allah disifati dengannya dan al Kayf mustahil bagi-Nya". (Riwayat ini dituturkan oleh al-Laalka-i)

Riwayat Wal Kayf Majhul tidak sahih dari sisi periwayatannya dari Imam Malik dan lainnya.[4] Demikian juga maknanya tidak sesuai, karena redaksi tersebut menetapkan al Kayf bagi Allah, hanya saja kita tidak mengetahuinya. Ini bertentangan dengan madzhab para ulama salaf yang jelas-jelas menafikan Kayf dari Allah dengan mengatakan: بلا كيف ; tanpa berlaku kayf bagi Allah. Al Bayhaqi dalam kitab al I'tiqad meriwayatkan dengan sanadnya dari al Awza'i, Malik, Sufyan dan al-Layts ibn Sa'd bahwa ketika ditanya tentang hadits-hadits mutasyabihat, mereka mengatakan:

"أمروها كما جاءت بلا كيفية".
"Baca saja hadits-hadits tersebut seperti riwayat yang ada dengan tanpa meyakininya sebagai sifat-sifat makhluk". [5]
Wallahu a'lam wa ahkam.



                [1] Syekh Zakariyya al Anshari, al Hudud al Aniiqah Wa at-Ta'riifat ad-Daqiiqah (Beirut: Dar al Masyari', 1425-2004), h. 27.

                [2] Badruddin Ibnu Jama'ah, I-dlah ad-Dalil fi Qath'i Hujaj Ahl at-Ta'thil (Kairo: Darussalam, 1410 H-1990), h. 107

                [3]  Al Hafizh al Bayhaqi, al Asma' Wa ash-Shifaat (Kairo: Darul Hadits, 1423 H-2002 ) h.319-340.

                [4] Syekh Abdullah al Harari, ad-Dalil al Qawiim 'ala ash-Shirath al Mustaqim (Beirut: tp, 1397 H), h. 36

                [5] Ibid., h. 56

wallahu aa'lam

Tanda-tanda Sakaratulmaut


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud, cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan
Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Tanda-tanda hampirnya Kiamat


Berkata Imam Baihaqi bahawa tanda-tanda dibawah ini adalah hanya tanda kecil dari datangnya hari kiamat.
  1. Tidak ada orang yang memperhatikan urusan-urusan agama apalagi membantunya. Rasulullah SAW bersabda : “Akan datang suatu masa kepada ummatku, perumpamaan orang yang teguh dan sabar memegang agamanya sama dengan orang yang menggenggam bara api.”
  2. Ramai orang beribadah tetap tidak dilandasi ilmu yang memadai.
  3. Ramai orang yang pandai membaca Al-Quran dan menghafalnya tetapi perilakunya sombong dan tidak bermoral. Qurra’un fasaqatun (pembaca Al-Quran yang fasiq).
  4. Kaum muslimin saling bermegah-megahan dalam mengimarahkan masjid yang tidak diimbangi dengan peningkatan ibadah.
  5. Banyak terjadi pemutusan persaudaraan dan sanak saudara.
  6. Orang yang amanah tetapi tidak pernah ada kesempatan mendapat kepercayaan. Dan sebaliknya seorang pengkhianat tetapi seringkali mendapat kesempatan dan kepercayaan.
  7. Hilangnya bulan, sehingga seringkali bulan tidak menampakkan dirinya diwaktu yang menurut hisab bulan dapat dilihat. (cth: rukyah seringkali tidak berjaya melihat hilal).
  8. Ajaran zuhud dan tasawwuf hanya tinggal cerita di podium dan di mimbar. (cth : amalan zuhud dan tasawwuf hanya teori dan disuarakan para penceramah, tetapi tidak ada yang melaksaakannya).
  9. Ramai orang yang berpura-pura berperilaku wara’. Perilaku wara’ seringkali hanya pura-pura belaka.
  10. Semakin sulit ditemui orang yang soleh. Sehingga yang ada dialam dunia ini majoritinya ialah orang-orang yang tidak bermutu,generasinya hanya tinggal generasi yang tidak berguna(berkualiti) saja.
  11. Kehadiran anak seringkali membuat orang tua marah-marah.(kerana tidak ada kepatuhan).
  12. Kehadiran hujan seringkali tidak membawa kemakmuran dimuka bumi ini. Bahkan seringkali membawa bencana dan malapetaka.
  13. Orang yang berperangai buruk telah bermaharajalela disemua sektor kehidupan.(baik disektor pemerintahan,perdagangan dan keagamaan)
  14. Kepimpinan masyarakat banyak yang dikuasai oleh orang munafik yang ada dikalangan mereka. Dan yang menjadi pemimpin mereka adalah orang fasiq dan tidak berbudi pekerti.
  15. Mihrab dan mimbar banyak dibangunkan dibanyak tempat, tetapi hati mereka kosong dan tidak berisi. Majlis ta’lim banyak yang muncul tetapi kehadiran nya tidak mampu mengisi hati.
  16. Terjadinya globalisasi industri perdagangan sehingga seringkali dijumpai wanita (yang semestinya menjadi suri rumah dan mendidik anak-anak – sibuk dengan perdagangannya).
  17. Ilmu pentadbiran dan tulis menulis semakin meluas. ( menurut Ibnu Masud, yang dimaksudkan dengan tanda hari kiamat yang nombor 17 adalah, semakin tersebar ilmu bidang-bidang kesetiausahaan dan pentadbiran sehingga mengabaikan bidang keilmuan).
  18. Kesaksian palsu semakin sering ditemukan di pengadilan. Sumpah palsu seringkali hanya jadi secara sengaja, tidak berbekas sama sekali dalam hati.
  19. Amanah seringkali disalah gunakan untuk mengambil keuntungan material. Ini boleh dibuktikan dengan banyaknya kes-kes penyelewengan diberbagai kalangan institusi pemerintahan.
  20. Pengutipan zakat hanya sebagai media untuk mencari keuntungan belaka. Hanya sebagai jalan untuk mencari keuntungan peribadi, tidak untuk mensejahterakan masyarakat penerima zakat dan sedekah.
  21. Pengajaran ilmu tidak lagi dilandaskan pada penyebaran ilmu dan penghapusan kebodohan. Tetapi sebagai sasaran bisnes belaka.
  22. Ramai lelaki/suami yang takut dan taat kepada isterinya, tetapi berani dan derhaka kepada ibunya. Ini boleh dibuktikan dibanyak tempat.
  23. Ramai orang yang dengan mudahnya membangun persahabatan dengan orang lain, mengangkat orang lain menjadi saudara, tetapi susah untuk berbakti kepada ibu-bapanya sendiri.
  24. Ramai orang yang sudah berani mengeraskan suaranya atau berteriak didalam masjid, sehingga mengganggu kekhusu’an orang yang sedang solat.
  25. Banyak bermunculan para Biduanita dan bermunculnya alat-alat muzik yang sudah tidak dapat dibendung lagi. (seperti rancangan dan pertandingan menyanyi dibeberapa stesen television).
  26. Minuman keras telah bermaharajalela, sehingga sudah tidak pelik lagi ditemukan orang yang meneguk minuman keras dibanyak tempat dan kawasan awam.
  27. Banyak generasi muda sudah tidak lagi menghormati generasi tua atau bahkan melaknati generasi terdahulu.
  28. Sebelum kemunculan Dajjal, perjalanan tahun sudah tidak stabil lagi. Banyak peramal musim yang tertipu dengan perjalanan musim. Banyak terjadi hujan saat musim kemarau dan sebaliknya.
  29. Ramai orang jujur dikatakan dusta dan ramai orang dusta dikatakan jujur dan mendapat kepercayaan seluruh ummat.
  30. Urusan kerakyatan dan kemaslahatan banyak yang ditangani oleh kaum Ruwaibidlah,iaitu sekelompok manusia yang bodoh, menjadi sampah masyarakat dan berperilaku rendah.
  31. Banyak munculnya hal-hal yang diluar dugaan ummat manusia yang sebenarnya hal-hal ini sangat berbahaya kepada kehidupan manusia.
  32. Banyak terjadi bergesernya gunung dan plat bumi dari tempat asalnya.
  33. Banyak urusan-urusan ummat yang diserahkan kepada orang yang tidak ahlinya. Sehingga berakhir dengan kehancuran.
  34. Semakin ramai yang berputus asa dengan hidup.Sehingga ramai yang berharap mati dan menghuni alam kubur daripada hidup didunia. Dan kadang-kadang berakhir dengan bunuh diri.
  35. Banyak penzinaan dan maksiat dilakukan ditengah jalan dan keramaian.
  36. Banyak perbuatan persetubuhan dipublikasi. Sehingga untuk mencegahnya agar tidak dipublikasi hanya tinggal harapan.
  37. Semakin tersebarnya praktis pornoaksi, sehingga pornoaksi sudah tidak ada yang dapat mengingkari. Menjadi hal lumrah dan biasa.
  38. Ramai wanita yang diperkosa dan diperlecehkan didepan umum dan tidak ada yang mampu mencegahnya bahkan mengingkarinya.
  39. Semakin banyak munculnya pendapat-pendapat dan kepentingan, sehingga sulit untuk disatukan. Hati mereka saling bermusuhan dan diselimuti dendam.
  40. Banyak terjadi saudara kandung yang berbeza agama dan keyakinan.
  41. Banyak terjadi berubahnya fungsi masjid menjadi pejabat. Masjid yang seharusnya menjadi tempat solat berubah menjadi tempat urusan dunia.
  42. Ramai anak muda yang menjadikan orang tua sebagai mainan mereka.( tidak ada sikap hormat dan ta’zim kepada orang tua).
  43. Banyak perdagangan antara Negara, namun susah mencari keuntungan. (kerana berleluasanya kebohonga dan manipulasi ).
  44. Akan dating suatu masa, dimana orientasi manusia hanya kepada urusan-urusan keduniaan yang ada hubungannya dengan isi perut.
  45. Kemuliaan manusia hanya diukur dengan kekayaan sahaja, tidak dengan ilmunya.
  46. Kiblat (arah kehidupan) dalam kehidupan manusia hanya masalah wanita dipenghujungnya.
  47. Yang menjadi topik perbahasan agama mereka hanyalah masalah wang dan wang. Sehingga manusia seperti ini tidak mempunyai pahala sama sekali di akhirat kelak.
  48. Kehadiran Al-Quran sudah tidak menarik lagi bagi hati manusia. Sehingga ada kecenderungan manusia untuk lebih tertarik kepada selain Al-Quran.
  49. Semakin ramai orang yang tamak dan hanya berkhayal sahaja. Tidak mahu berusaha. Boleh kita lihat, ramai orang yang hanya pandai berharap mendapatkan nasib yang baik melalui undian dan loteri.
  50. Manusia sudah tidak merasa takut lagi jika melakukan larangan-larangan Allah dan mengabaikan perintah-NYA.
  51. Ramai manusia yang dikuasai lamunan dan keinginan yang tidak proporsional (seiringan). Ada yang menjadi lamunan dan khayalan jauh daripada kata harapan apalagi kenyataan.
  52. Ramai manusia yang terlalu berharap atas ampunan Allah jika mereka melanggar aturan-NYA. Ramai manusia yang hanya pandai raja’ dan lupa khouf.
  53. Islam hanya tinggal nama. Hiasan Islam yang hakiki, iaitu berupa amal soleh sudah memudar layaknya memudarkan hiasan pakaian yang sudah lusuh. Sehingga ramai manusia yang sudah tidak mengerti apa itu puasa, solat, haji dan sedekah.
  54. Yang mempertahankan kalimah tauhid Laa ilaha illa Allah hanyalah orang-orang yang sudah tua.
  55. Kalimah tauhid sudah tidak dikumandangkan dimuka bumi ini lagi.
  56. Perbuatan tercela dan sifat pelit telah berleluasa dimuka bumi.
  57. Orang yang mempunyai sifat Al-Amin disebut pengkhianat dan seorang pengkhianat terus mendapat kepercayaan dan disanjung sebagai Al-Amin.
  58. Seorang yang menjadi tokoh dan pemimpin masyarakat justeru akhlaknya rosak. Dan orang yang menjadi sampah masyarakat seringkali menang dalam segala urusan.
  59. Munculnya 70 pembohong besar dan pendusta agama. Mereka datang dengan membawa ajaran yang tidak sama dengan ajaran kamu, kerana mereka telah merubah ajaran Islam yang selama ini telah bertahan dari kurun ke kurun. Jika mereka datang, maka jauhilah mereka, jangan sesekali mendekati mereka.
  60. Komentar dan ucapan lebih mendominasi daripada perbuatan. Ramai orang yang pandai berbicara dan berkomentar tetapi tidak pandai melaksanakannya.
  61. Penyataan tentang persatuan dan kerukunan hanya ada pada lisan, sementara hati mereka saling berlainan dan berlawanan.
  62. Ramai orang memutuskan silaturrahim. Dan ketika itu semua terjadi, maka laknat ALLAH SWT akan turun, dan ALLAH akan membutakan hati mereka.
  63. Ramai manusia pandai mempamerkan ilmu mereka tetapi mengabaikan pengamalannya.
  64. Penyataan kasih saying hanya ada pada ucapan sahaja, tidak sampai kedalam hati. Dalam hatinya hanya ada perasaan benci.
Adapun tanda-tanda yang besar dan nyata atas semakin dekatnya hari kiamat adalah sebagaimana keteranya dalam hadis dibawah ini :
“ Dari Hudzaifah bin Usayd beliau berkata : Suatu hari Rasulullah SAW dating kepada kami disaat kami sedang ber-mudzakarah. Kemudian Rasulullah SAW bertanya, Apa yang kalian bicarakan dalam mudzakarah kalian?. Lantas sahabat menjawab, Kami sedang membicarakan hal Hari Kiamat ya Rasulullah”. 
Lantas Rasulullah bersabda:
“ Kamu tidak akan melihat kiamat itu sehingga kamu akan melihat sepuluh tanda besar sebelum kehadiran hari kiamat”.

Kemudian Rasulullah SAW menyebut:
  1. Dukhan (asap yang memenuhi cakerawala bumi).
  2. Dajjal.
  3. Dabbah (sejenis haiwan berbulu lebat dan berkepala botak berkilat).
  4. Terbitnya matahari dari ufuk barat.
  5. Turunnya Nabi Isa bin Maryam
  6. Keluarnya Yakjuz dan Makjuz.
  7. Pergeseran plat bumi sebanyak 3 kali, satu kali didataran timur, satu kali didataran barat dan satu kali di Jazirah Arab.
  8. Dan akhir sekali ialah api yang keluar dari Negara Yaman yang mampu mengiringi manusia menuju sahara Mahsyar.

Dukhan

Tentang masalah Dukhan, didalam tafsir Khazin diterangkan bahawa sahabat Hudzaifah RA bertanya kepada Rasulullah SAW tentang Dukhan. Kemudian Rasulullah membaca ayat :
“ Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata “
Bahawa keberadaan Dukhan memenuhi dataran barat dan timur selama 40 hari dan 40 malam. Adapun kepada orang mukmin, keberadaan Dukhan akan menyebabkan pening. Tetapi orang kafir, keberadaan Dukhan boleh menyebabkan mabuk dan mati.


Dajjal

Tentang keberadaan Dajjal, dalam kitab Shahih Muslim diterangkan bahawa Hisyam bin Urwah mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“ Bahawa tidak ditemukan sejak terciptanya Nabi Adam sampai bangkitnya hari kiamat seorang makhluk yang lebih besar (fitnahnya) selain Dajjal “
Dalam hadis Imam Bukhari, Rasulullah SAW menerangkan bahawa Dajjal adalah makhluk yang buta salah satu matanya, dan matanya menonjol laksana buah anggur. Lagi dalam Bukhari Muslim, Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak ada satupun Nabi didunia ini kecuali nabi tersebut menakut-nakuti umatnya akan kemunculan makhluk yang buta sebelah matanya dan pembohong besar. Ingatlah bahawa Dajjal itu mata sebelahnya buta. Dan Tuhan kamu bukanlah Zat yang buta. Diantara dua matanya Dajjal tertulis 'Kafir'."
Al-Baghawi meriwayatkan dari Asma’ bahawa : Fitnah Dajjal yang paling besar adalah sesungguhnya Dajjal akan mendatangi seorang a’raby dan dia berkata, “ Bagaimana menurut kamu jika aku telah hidupkan untamu yang telah mati, apakah kamu akn mengakui aku sebagai tuhanmu?”. Araby menjawab, Ya, aku akan mengakui kau sebagai tuhanku. Kemudian Syaitan datang dengan bentuk yang seperti unta yang telah mati, bahkan lebih gemuk dan lebih menarik. Pada saat lain, Dajjal juga mendatangi seorang laki-laki yang ditinggalkan mati bapa dan saudaranya. Kemudian Dajjal berkata, “Bagaimana menurut kamu jika aku hidupkan kembali bapa dan saudaramu yang telah meninggal, apakah kamu akan mengakui aku sebagai tuhanmu?. Lantas lelaki tersebut menjawab, “Ya, aku akan akui kau sebagai tuhanku”. Kemudian datang Syaitan pembantu Dajjal dengan bentuk dan rupa seperti bapa dan saudaranya yang telah meninggal.

Dari Abu Bakar Al-Siddiq berkata,  
"Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bercerita kepadaku, bahawa Dajjal akan keluar dari dataran tanah timur, namanya Khurasan. Dia diikuti oleh sekumpulan kaum yang wajahnya seperti bentuk bejana."
Dari Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“ Bahawa Dajjal akan diikuti oleh 70 000 umat Yahudi Negara Asbihana yang semuanya mengenakan jubah warna hijau”.
Berkata Imam Nawawi, berkata Imam Qadly Iyadl. Bahawa hadis diatas yang menerangkan seputar Dajjal adalah hujjah yang sangat kuat bagi mazhab Ahlussunnah wal jamaah atas keberadaan Dajjal. Sesungguhnya Dajjal adalah seseorang yang dengan keberadaannya Allah menguji hambanya. Allah memberikan kemampuan kepada Dajjal untuk boleh menghidupkan kembali orang yang telah dibunuhnya, boleh juga menjadikan keindahan dan kesuburan dunia, boleh juga mengeluarkan harta karun dan harta benda yang tersimpan dalam perut bumi, boleh juga memerintahkan langit menurunkan hujan. Padahal itu semua terjadi atas kekuasaan Allah. Namun setelah itu, Allah tidak lagi memberikan kekuasaan kepada Dajjal, sehingga Dajjal tidak mampu lagi membunuh orang untuk mendemontrasikan kekuasaannya. Kekuatan Dajjal telah terlihat hinggalah dia dibunuh oleh Nabi Isa bin Maryam. Dengan terbunuhnya Dajjal, Allah akan menguatkan lagi Agama Islam dengan Al-Quran.

Keterangan tentang Dajjal diatas adalah sebahagian daripada Hujjah mazhab Ahlussunnah wal jamaah, sekelompok ahli hadis dan pakar fizik. Hal ini berbeza dengan kaum yang mengingkari cerita Dajjal, iaitu sekelompok Khawarij, Jahmiyah dan sebahagian kaum Mu’tazilah.



Dabbah

Tentang Dabbah, Imam Khazin berkata dalam tafsir Khazin. Diceritakan dari Hudzaifah bin Yaman bahawa suatu hari Rasulullah SAW bercerita tentang Dabbah. Lantas aku bertanya, “ Ya Rasulullah, dia datang dan keluar dari mana “. Rasulullah SAW menjawab, “ Dari masjid yang paling besar dan mulia dimuka bumi ini, iaitu masjidil Haram”.

Suatu ketika Nabi Isa mengerjakan tawaf di Baitullah yang diikuti oleh kaum muslimin, kemudian dengan mendadak bumi bergegar, bukit Safa pecah, dan dari bukit Safa inilah Dabbah pertama kali keluar, kepalanya botak berkilat dan badannya dipenuhi bulu, jika dia lari, tidak akan ada yang bisa mengejarnya, dan jika dia mengejar, tidak akan ada yang bisa menghindarnya.

Dabbah akan menyengat seluruh manusia yang ada, baik mukmin mahupun kafir. Bagi orang mukmin, sengatan Dabbah akan meninggalkan warna yang bersinar dan tertulis diantara kedua matanya kalimat “mukmin”. Manakala bagi orang kafir, sengatan Dabbah akan meninggalkan titik hitam dan tulisan “kafir” diantara kedua matanya.

Dari Abdillah bin Amr RA, beliau berkata,
"Sesungguhnya Dabbah akan keluar dari lereng gunung jiyad, kepala Dabbah bisa menyentuh awan sementara kakinya tetap berpijak pada bumi."

Matahari Terbit dari Barat

Tentang matahari terbit dari barat, dalam kitab Sahih Bukhari dalam bab “awal kejadian makhluk” diterangkan bahawa : Diceritakan dari Abi Zar RA, beliau berkata,
Bahawa Rasulullah SAW pernah berkata kepadaku saat matahari sedang terbenam, “ Apakah kamu tahu kemana matahari itu pergi?”. Aku menjawab, “Allah dan rasulnya yang lebih tahu”. Rasulullah SAW berkata lagi, “Sesungguhnya matahari itu pergi ke suatu tempat sehingga matahari itu bersujud kepada Allah SAW disuatu tempat dibawah Arasy. Kemudian meminta izin untuk terbit lagi, dan Allah mengizinkan. Dan dalam waktu dekat lagi, matahari akan bersujud dan meminta izin kepada Allah untuk terbit, kemudian tidak mendapat izin untuk terbit. Allah SWT berkata kepada matahari. “kembalilah ketempat dimana kamu datang”. Kemudian matahari itu kembali dan terbit dari ufuk barat. "
Dan itulah yang dimaksudkan dalam ayat :
“ Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikian ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui”.

Dalam kitab Fathul Bary Imam Ibnu Hajah RA berkata. Ada beberapa kemungkinan tentang maksud dari kalimat “matahari sujud”, diantaranya adalah :
  1. Sujud malaikat yang ditugasi Allah SWT untuk mengatur peredaran matahari.
  2. Sujud matahari direalisasikan dengan keadaan matahari yang sebenarnya, iaitu tebit dan terbenam. Terbit dan terbenamnya matahari adalah sebagai wujud dari kepatuhan dan ketundukannya kepada Allah. Sehingga sampai datang waktu dimana matahari sudah tidak diizinkan lagi bersujud kepada Allah. Ertinya sudah tidak diizinkan lagi terbit dari ufuk timur.
  3. Sujudnya matahari direalisasikan dengan keadaan yang tidak diketahui oleh sesiapapun kecuali Allah SWT.


Turunya Isa, Keluarnya Ya'juz dan Ma'juz


Tentang turunnya Nabi Isa AS dan keluarnya Ya’juz dan Mak’juz dalam kitab Sahih Muslim diterangkan bahawa, Diriwayatkan dari Nuwas Bin Sam’ani beliau berkata,
Disuatu pagi Rasulullah SAW membicarakan tentang Dajjal, ketika membicarakan Dajjal, Rasulullah merendahkan suaranya dan kemudian Rasulullah SAW mengeraskan suaranya kembali. Sehingga kami menyangka bahawa Dajjal ada dibalik pepohon kurma (dekat masjid Nabawi). Ketika kami berusaha mendekati Rasulullah SAW (kerana Rasulullah merendahkan suaranya), Rasulullah bertanya kepada kami, “Apa yang sedang kamu perhatikan?”. Kami menjawab, “ Ya Rasulullah,Tuan membicarakan Dajjal dan Tuan merendahkan suara Tuan, sehingga kami menyangka Dajjal ada disebalik pepohon kurma”. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Apakah selain Dajjal ada sesuatu yang lebih menakutkanku atas nasib kalian semua?”. Jika Dajjal datang sementara aku ada didepan kamu semua, maka aku akan didepan kamu semua untuk menghadangnya. Jika Dajjal datang sementara aku tidak ada diantara kalian, maka masing-masing dari kalian akan menjaga dirinya sendiri. Dan ALLAH SWT yang akan menjadi penggantiku untuk menjaga setiap muslim.

Sesungguhnya Dajjal itu pemuda yang berambut kerinting, matanya tertonjol seperti buah anggur, seakan akan sepantasnya aku menyerupakan Dajjal dengan Abdul Uzza Bin Qhattan. Barangsiapa diantara kalian menjumpai Dajjal, maka bacalah beberapa ayat permulaan surah Al-Kahfi. Dan sesungguhnya Dajjal akan keluar dari jalan tembus antara Negara Syria dan Iraq. Dia akan keluar sambil membuat kerosakan dikanan dan kirinya.

Wahai hamba Allah, tetaplah kalian dalam keadaan Iman dan Islam. Kami bertanya kepada Rasulullah SAW, “Berapa lama Dajjal berdiam dan menetap dibumi?”. Rasulullah SAW menjawab, “40 hari. Satu hari pertama laksana satu tahun. Satu hari kedua laksana satu bulan, dan beberapa hari berikutnya laksana hari hari kalian semua”. Kami bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, saat hari yang laksana satu tahun apakah cukup bagi kita hanya melaksanakan solat satu hari saja?”. Rasulullah SAW menjawab, “Tidak! Dan kira kirakan satu hari tersebut sesuai kadarnya”. Kami bertanya lagi “ Berapa kecepatan Dajjal dimuka bumi ini?. Rasulullah SAW menjawab, “Laksana hujan yang diterpa angin kencang”.
Dajjal akan mendatangi manusia dan mengajaknya untuk taat kepadanya. Sebahagian ada yang mempercayai dan mengikuti jejaknya. Dajjal juga akan memerintahkan langit untuk hujan, maka hujanlah. Dan memerintahkan bumi uttuk menumbuhkan tumbuhan, maka tumbuhlah tanaman. Sehingga haiwan peliharaan mereka pulang pada petang hari, keadaan badannya lebih besar, putting susunya lebih berisi dan perutnya lebih padat.

Lantas Dajjal juga mendatangi sekelompok masyarakat, tetapi mereka semua menolaknya, Dajjal pun menyingkir dan meninggalkan tempat. Dengan sebab penolakan tersebut, sekelompok masyarakat tadi kelaparan semua kerana kehabisan pembekalan dan makanan.

Dajjal juga akan melewati bumi yang tandus dan tidak bisa ditanami. Kemudian Dajjal berkata, “Wahai bumi, keluarkan seluruh harta yang ada pada perutmu!”. Maka bumipun mengeluarkan seluruh apa yang ada dalam perutnya laksana segerombolan lebah yang keluar dari sarangnya.

Kemudian Dajjal juga nanti akan memanggil seorang remaja tampan dan memenggal kepalanya dengan sebilah pedang menjadi dua penggalan.Yang satu penggalan dilempar ketempat yang agak jauh. Kemudian Dajjal memanggil penggalan tersebut, “ Wahai kepala yang terpenggal, datanglah dan menyambunglah kembali”. Kemudian penggalan tersebut datang dan menyambung kembali dengan badannya. Sehingga remaja tadi menghadap kepada Dajjal dalam keadaan wajahnya bersinar dan tertawa lepas. Dan saat itulah Allah SWT memerintahkan Nabi Isa AS untuk turun dari langit. Maka turunlah Nabi Isa AS dengan diantara dua malaikat tepat disamping menara putih sebelah timur kota Damascus. Ketika Nabi Isa AS menundukkan dan mendongakkan kepala, maka menitislah air dari kepalanya laksana butiran mutiara.

Setiap orang kafir yang mencium nafasnya, maka matilah orang kafir tersebut. Sementara nafasnya bisa tercium dari jarak sejauh mata memandang. Nabi Isa pun mencari dan merobek-robek Dajjal untuk membunuhnya. Dan kemudian Nabi Isa pun berhasil menemukannya didekat pintu Lud, maka terbunuhlah Dajjal laknatullah alaih.

Kemudian Nabi Isa mendatangi sekelompok kaum yang terbebas dari pengaruh Dajjal, dia usap wajah mereka dan dia ceritakan kedudukan mereka disyurga. Dan saat itulah Allah SWT menurunkan wahyu kepada Isa AS, “ Wahai Isa, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba-KU, yang siapapun tidak akan mampu memeranginya. Maka pindahkan mereka dibawah gunung Thur.

Dan saat itulah Allah juga akan mengeluarkan Ya’juz dan Ma’juz dari sarangnya. Mereka berjalan dan bereaksi dengan sangat cepat. Sehingga ketika rombongan yang paling depan melewati danau Thabariyyah dan meminumnya, maka rombongan yang paling belakang berkata, “La,tadi danau Thabariyyah masih penuh air, tapi sekarang jadi kering tidak berair?”. Akhirnya Nabi Isa AS dan para pengikutnya terkepung oleh jumlah Ya’juz dan Ma’juz yang sangat banyak. Makanan dan pembekalan pun habis. Sehingga bagi Nabi Isa dan pengikutnya, keberadaan sebuah kepala kambing jauh lebih berharga dari seratus dinar.

Rujukan:
Risalah Ahli Sunnah Wal Jama'ah oleh Hadratus Syeikh Kiyai Haji Muhammad Hasyim Asy'ari. Pendiri Jam'iyyah Nahdlatul Ulama'.

diambil dari:
http://jamaluddinab.blogspot.com/2009/12/tanda-tanda-hampirnya-kiamat.html

wallahu aa'lam